Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Mungkin kisah ini mampu memberi harapan kepada semua ibu bapa di luar sana agar tidak pernah mengalah dengan takdir. Bayi pramatang, dilahirkan lewat 17 hari dari kembarnya, mempunyai peluang tipis untuk hidup, namun kini sihat dan normal seperti bayi lain.

Gambar : Mirror UK

Jangkaan itu dibuat oleh doktor kerana kembarnya yang berusia 21 minggu meninggal dunia sejurus dilahirkan oleh ibu mereka, Gemma Bryant.

Gemma diberitahu oleh doktor bahawa dia akan melahirkan bayi kedua yang diberi nama Lexie Sienna Bryant itu dalam tempoh beberapa hari dan perlu bersedia kehilangannya.

Namun, siapa menyangka, Lexie mampu bertahan di dalam rahim ibunya selama lebih dua minggu apabila dia dilahirkan di usia kandungan 23 minggu.

Selepas menghabiskan 100 hari di unit rawatan rapi, Lexie dibenarkan pulang ke rumah namun dia perlu bergantung dengan bantuan wayar untuk makan dan bernafas.

Gambar : Mirror UK
Gambar : Mirror UK

”Lexie bertambah kuat setiap hari, kami sangat berbangga, dia merupakan keajaiban dan begitu berharga buat kami,” kata Gemma.

Dari hanya mempunyai harapan tipis untuk hidup, berkat semangat ibu bapanya yang tidak pernah berputus asa, Lexie kini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.

Gambar : Mirror UK

”Hari lahirnya sangat menakjubkan, bagi kami ia merupakan hari yang paling gembira.

”Kami merasa sangat betuah dapat menyambut hari istimewa ini bersamanya, masa terasa berlalu begitu pantas sejak dia dilahirkan,” kata Gemma.

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.