Siakap Keli
Gambar Hiasan (Sumber; Odditycentral)

Lelaki Dipenjara 2 Tahun Akibat Pecah Tembelang Berkahwin 3

Silap langkah seorang lelaki dari negara tembok besar China merahsiakan perkahwinannya bersama 3 orang isterinya daripada diketahui antara satu sama lain terima padah setelah ‘kantoi’.

Untuk kesenangannya, dia membeli rumah saling berdekatan kepada 3 orang isterinya itu untuk mudah dia mengawasi. Dia tidak mempunyai masalah untuk menyediakan tiga buah rumah tersebut kerana dia bekerja sebagai ejen hartanah di Kushan, Wilayah Timur China.

Lelaki itu mendakwa dia tidak tahu bahawa berkahwin ramai dalam satu masa adalah salah undang-undang. Pihak berkuasa percaya bahawa lelaki ini bujang kerana dia berkahwin di negeri yang berbeza sebelum membawa pulang isteri-isterinya ke Kunshan.

Selepas berjaya hidup dalam keluarga yang besar, akhirnya isteri keduanya mempunyai perasaan curiga bahawa lelaki ini mempunyai isteri yang ramai. Mereka membuat perancangan untuk mengantoikan suami mereka.

Akhirnya isteri pertamanya menfailkan penceraian dan dua isterinya lagi membuat laporan polis terhadapnya kerana memiliki isteri ramai. Lelaki ini kini secara rasminya dituduh melakukan poligami pada November lepas dan kini menunggu hukumannya.

 

Sumber : odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang