Siakap Keli

Pernah Dengar Penyakit Resdung Kulat? Ini Penerangan Doktor Pakar Untuk Siapa Yang Belum Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada rongga hidung yang berlaku akibat jangkitan kuman.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit resdung ini antaranya jangkitan virus, masalah sktrukur hidung, pencemaran udara , alahan pada habuk dan sebagainya.

Apabila sebut pasal habuk ini, cerita juga tentang resdung, maka ia memang saling berkait rapat. Ibarat aur dengan tebing, umpama pasir dan pantai. Susah nak terpisah. Apabila habuk masuk dan melekat pada mata, kena pada hidung, bukan sahaja mata jadi tak selesa, bahkan hidung dan tekak pun akan rasa sama.

Alahan kulat pada sinus. Pernah anda dengar mereka yang pernah alami masalah ini?

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penerangan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang resdung kulat yang mungkin ada di antara kita tak pernah dengar.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

No photo description available.
Gambar carian google ini menunjukkan imej CT scan pesakit ‘Allergic fungal sinusitis’. Anda boleh lihat bagaimana jangkitan kulat pada rongga hidung dan sinus di bahagian pipi telah merebak ke kawasan mata

“Apa beza awak dengan habuk? Tak tahu!
Habuk melekat di mata saya. Awak melekat di hati saya!”

Ini cerita ringkas daripada saya untuk anda yang masih belum tahu. Semoga ia boleh memberi sedikit kefahaman kepada anda yang selalu alami masalah pada hidung ini.

Allergic Fungal Sinusitis (AFS) : Resdung kulat?

Related image

▪️Sinusitis alahan kulat atau ‘allergic fungal sinusitis’ adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh berlaku di dalam rongga sinus.

▪️Kulat yang menjangkiti boleh diperoleh di alam sekitar dan menyebabkan reaksi alergi yang mengakibatkan pengumpulan kulat yang tebal, lendir melekit dan penyumbatan rongga-rongga sinus.

▪️Pesakit dengan AFS mungkin mempunyai alahan, polip hidung dan mungkin mempunyai asma. Akibatnya, kebanyakan pesakit akan mengalami masalah sinusitis kronik yang boleh menjejaskan deria rasa dan bau mereka.

▪️Bagi kes yang lebih serius dan jika masalah ini tidak dirawat, keadaan ini boleh mengakibatkan kehilangan mata dan kehilangan penglihatan pesakit!

Image result for sinusitis

Siapa berisiko untuk alami masalah dan jangkitan ini?

– Walaupun masalah ini boleh berlaku pada sebarang peringkat umur, sinusitis kulat alergi lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan usia dewasa.

– Selepas pesakit terdedah kepada jangkitan melalui pernafasan biasa pada hidung, tindak balas keradangan akan berlaku dan menyebabkan edema pada tisu. Ini seterusnya mengakibatkan halangan pada ruang sinus dan mengganggu saliran sinus yang normal.

– Akibatnya, ini akan mewujudkan persekitaran yang ideal untuk kulat berkembang. Pesakit kebiasaannya sering mempunyai sejarah alahan dan polip hidung dan kebanyakan mereka juga mempunyai masalah asma dan sinusitis kronik.

Image result for sinusitis doctor

Bagaimana doktor dan pengamal perubatan mengenalpasti masalah ini?

– Kehadiran mucin alahan (sekumpulan mukoprotein yang terdapat dalam rembesan dan tisu) adalah diagnosis klinikal awal yang boleh dikenal pasti terhadap pesakit sinusitis kulat.

 Sampel lendir ini akan dihantar ke makmal di mana ia diperiksa untuk tanda-tanda kulat.

– Pesakit juga boleh diuji untuk sinusitis kulat invasif, pertumbuhan kulat saprophytic, mycetoma, aspergilloma, bola cendawan sinus dan sinus sinus miosinophilic untuk membantu mengesahkan diagnosis positif atau negatif AFS.

Apakah rawatan terbaik untuk mengatasi masalah ini?

-Pembedahan dengan membuang kulat tebal dan mukus dalam sinus yang dijangkiti adalah cara yang paling berkesan untuk merawat AFS.

-Steroid boleh diberikan sebelum dan selepas pembedahan. Pengulangan masalah AFS bukanlah jarang ditemui. Ya, ia masih boleh berulang dan pesakit mungkin memerlukan pembedahan tambahan. Nasihat dan pemeriksaan bersama doktor adalah perlu.

-Terapi imunoterapi dan anti-radang juga boleh digunakan untuk menghilangkan koloni kulat.

Akhir kata, jika anda rasa masalah sinusitis dan resdung anda lewat untuk sembuh dan ditangani, bawalah periksa doktor. Anda akan dibantu.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi (Telinga, hidung & tekak).

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di