Siakap Keli

Orang Lain Yang Kena Tarik Sijil Halal, Produk Orang Lain Pula Netizen Tularkan

Sebelum ini tular dilaman sosial tentang  penarikan sijil halal bagi sebuah syarikat yang mengeluarkan produk sejuk beku terletak di Hutan Melintang, Perak.

Berikutan kisah tular ini ramai netizen dilihat menyatakan kerisauan dengan apa yang ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab berkenaan, rata mereka menyatakan selalu memakai jenama fish cake dan fish ball keluaran syarikat berkenaan dalam masakan.

Pos yang ditularkan berkenaan sehinga kini telah dikongsi lebih 12 ribu kali di laman sosial Facebook.

Isu sebenarnya berpunca dari netizen yang tanpa usul periksa telah tersalah memuatnaik gambar produk keluaran syarikat lain yang masih mempunyai perakuan Halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kenyataan menerusi Facebook Halal Buletin milik Halal Perak menjelaskan perkara yang sebenar dan menolak produk yang dikeluarkan syarikat terbabit daripada isu penarikan sijil halal.

Berikutan tular di media sosial, isu berkaitan penarikan sijil halal sebuah Syarikat pengeluar Fishball di Hutan Melintang, yg diputuskan oleh panel Pengesahan Halal Negeri Perak pada 27 Dis 2018 yg lalu, terdapat pihak tertentu yg telah tersalah nyatakan produk2 yg tidak berkaitan, sehingga ianya telah menjejaskan reputasi sebuah syarikat lain yg juga terletak di Hutan Melintang.

Adalah disahkan bahawa Syarikat QL FOOD, pengeluar produk jenama mushroom masih lagi mempunyai Sijil Halal yang sah. Produknya juga tidak terbabit dengan isu penarikan sijil halal yang ditularkan.

Sehubungan dgn itu, dinasihatkan semua pihak supaya meneliti fakta yg berkaitan terlebih dulu, supaya tidak mengelirukan org lain, ianya akan menjadi suatu fitnah kpd pihak yg tidak berkenaan.

Pengguna juga disarankan menyemak kesahihan sijil halal sesuatu produk secara online di dlm Direktori Halal; http://www.halal.gov.my/ehalal/directory atau Sekurang2nya perlu peka; meneliti Label dan Logo halal yg terdpt pada produk.

“Tular Fakta bukan sebarkan Dusta.”

#mencariyanghalaladalahsuatukefarduan

Nur Farra