Siakap Keli

Saintis Wanita Maut Dibaham Buaya Peliharaan

Minahasa: Seorang saintis wanita maut selepas dibaham oleh buaya bersaiz besar yang dipeliharanya secara haram di Kepulauan Sulawesi Utara Khamis lalu.

Deasy Tuwo yang merupakan ketua makmal ladang mutiara di Minahasa dibaham oleh seekor buaya peliharaan yang bersaiz 14.4 kaki.

Menurut laporan berita tempatan, mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemui pada sebelah pagi oleh rakan setugasnya, Hendrik Rundengan yang mengesyaki Deasy terjatuh ke dalam kolam ketika melihat buaya tersebut.

Image result for women get eaten by own pet crocodile minahasa

Ketika ditemui, buaya yang di beri nama Merry itu membaham bahagian tangan mangsa selain bahagian abdomennya yang didapati hilang kemungkinan berada di dalam perut haiwan itu.

Kes ini masih berada dalam siasatan pihak berkuasa di Minahasa.

Reptilia bersaiz besar itu diberikan suntikan pelali sebelum dipindahkan dari kawasan tersebut pada Isnin lalu dan melibatkan ramai orang termasuk pihak polis, orang awam dan tentera.

Difahamkan, haiwan yang dimiliki secara haram itu akan dipindahkan ke kawasan perlindungan haiwan.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar