Siakap Keli

Semasa Termuduga Kerja Kerajaan, Korang Akan Dinilai Melalui 5 Kategori Ini

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Temuduga untuk sektor kerajaan ni ada yang mengatakan sukar untuk nak dapat kerana mereka ada standard tersendiri dalam cara penilaian dan tak ramai yang boleh nak score. Kepada mereka yang bakal melalui temuduga kerajaan, kami akan berikan bagaimana kaedah penilaian berlangsung untuk membantu korang dapatkan kerja sampai dapat

Temuduga adalah tahap yang terakhir sekali dalam menentukan sama ada korang layak atau tidak untuk jawatan yang dipohon. Sama sahaja seperti proses memohon kerja di sektor swasta. Berlainannya adalah mungkin dari segi bagaimana penilaian berlangsung. Kalau dalam temuduga kerajaan ni, kaedah pemarkahan adalah seperti berikut:

  1. Amat baik
  2. Baik
  3. Sederhana
  4. Lemah
  5. Catitan

Penialian diambil kira berdasarkan beberapa kategori. Daripada kategori-kategori ini, pemarkahan akan diberikan dan pada akhirnya jumlah markah keseluruhan akan dikira. Begitu lah ia berlaku. Berikut adalah beberapa kategori penting yang Maukerja sediakan untuk korang ambil kira dan bersedia:

1. Kewibawaan

Kewibawaan ini penting  dalam melaui temuduga ni. Panel perlu tahu personaliti korang itu bagaimana dan sesuaikah dengan jawatan yang dipohon. Korang perlu mempamerkan personaliti yang tegas dan kemahiran untuk meyakinkan para panel tentang pendirian korang. Jika korang ditanya soalan, tunjukkan pendapat korang dan pertahankan hujah walaupun para panel mencuba untuk goyahkan.

2. Kemahiran bertutur

Bila dah melalui temuduga kerajaan ini, jangan ambil mudah dengan bahasa  yang korang gunakan pula. Kalau dalam kehidupan seharian dah terbiasa untuk gunakan bahasa pasar jangan sesekali cuba untuk gunakan sewaktu temuduga. Bertutur dengan tenang, gunakan perkataan yang senang difahami,bercakap dengan lancar. Bukan itu sahaja, gunakan perbendaharaan kata serta penyampaian yang jelas.

Elakkan untuk mencampur adukkan bahasa Inggeris dalam percakapan korang. Paling perlu dielakkan ialah menggunakan bahasa remaja dan shortform. Ianya amatlah tidak formal dan profesional.

3. Pembawaan

Bagaimana ini dinilai? Pembawaan ini adalah dengan cara bagaimana interaksi korang dengan panel dan calon yang lain sewaktu temuduga secara berkumpulan jika ada. Jangan melebihi batas dan lakukan secara normal. Korang akan dinilai berdasarkan kemesraan, kemampuan untuk bergaul, kawalan emosi jika  bertentang dengan pendapat oranag lain. Ada satu lagi penilaian iaitu adakah korang mempunyai kelebihan untuk memikir diluar kotak, think out of  the box.

Cuba sedaya upaya untuk lihat soalan yang dikemukan dari sudut yang berbeza dan beri pandangan yang berbeza dan bernas. Ini lah calon yang mereka perlukan dan jika korang ada ciri-ciri seperti ini, markah korang pasti tinggi.

4. Kecerdasan

Kecerdasan ini bukan dari fizikal. Tak perlu lah pula korang masuk je bilik temuduga tiba-tiba buat lompat bintang dan berlari anak. Hehehe.. Kecerdasan ini dinilai berdasarkan mental dan keupayaan korang untuk berfikir secara kritis, adakah korang mampu menjawab soalan dengan baik dan fikiran dan idea itu mestilah logik akal dan membina.

5. Pengetahuan

Yang terakhir sekali dan yang paling penting adalah pengetahuan. Diwaktu hujung-hujung temuduga, selepas panel bertanyakan soalan mengenai peribadi, akademik dan sebagainya ini lah masa yang paling membimbangkan. Panel akan mula bertanya mengenai isu-isu semasa dan mengharapkan untuk mendengar pandangan korang mengenai sesuatu isu itu.

Ambil tahu dan baca surat khabar mengenai isu-isu semasa dan apa yang popular. Jangan hanya baca sekali imbas sahaja, korang perlru kaji secara mendalam dan cari info-info yang berkaitan. Rumitnya di sini ialah, jika anda ditanyakan mengenai isu politik cuba jangan terlampau ke arah sesebuah pihak dan berikan pandangan secaraa umum dan menyeluruh.

Jadi inilah bagaimana cara pemarkahan di ambil kira dan diharapkan korang boleh bersedia dan selamat maju jaya!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.