Siakap Keli
The Sun

(Video)Lain Dari Yang Lain, Lelaki Ini Pilih Bela Lipan Gergasi Dan Tak Kisah Merayap Atas Badan

Bagi pecinta haiwan yang berhajat untuk membela haiwan peliharaan, yang dipilih mestilah haiwan yang mempunyai rupa yang comel seperti kucing ataupun hamster.

Tetapi tidak bagi pemuda daripada Taiwan ini, apabila memilih haiwan ‘meyeramkan’ lagi berbisa, iaitu lipan gergasi untuk dibelai dan dibiar merayap di atas badannya.

Lebih unik, Neil Cheng Le memilih untuk memberi makan lipan sepanjang 17 inci itu dengan menggunakan tangan sedangkan sebarang isyarat berbahaya ketika memberi makan boleh menyebabkan dirinya disengat haiwan tersebut.

Bagaimanapun menurut pelajar biologi berusia 26 tahun ini, haiwan eksotik yang dibelanya itu tidak sesuai untuk semua orang dan dia sendiri tidak membenarkan rakan-rakan menyentuh lipan tersebut.

Ujar Neil, lipan itu dibela sejak haiwan itu kecil lagi setelah dibeli pada tahun 2014. Dikenali sebagai lipan gergasi Amazon, Neil berkata dia tidak mempunyai masalah untuk membiarkan haiwan berbisa itu merayap pada tubuhnya.

The Sun

Neil juga sebelum ini turut memuat naik videonya ‘bermain-main’ dengan lipan tersebut di media sosial dan menerima respon daripada netizen.

Melalui video tersebut, Neil dilihat tidak berasa takut biarpun lipan gergasi dengan taring yang sedia untuk menyuntik bisa pada bila-bila masa merayap pada mukanya.

Menurut pelajar biologi itu lagi, bukan semua individu yang mempunyai minat untuk membela haiwan berbisa boleh berbuat demikian.

”Sudah pasti ada risiko apabila membela haiwan berbisa dan sepatutnya, ia dikendalikan oleh mereka yang pakar sahaja.

”Gigitan lipan boleh jadi amat menyakitkan tetapi saya fikir saya baik-baik sahaja kerana saya merupakan pakar dalam bidang arthropod,” katanya.

Lipan mempunyai gitan yang sangat berbisa. Gigitan lipan biasanya mampu ‘menumbangkan’ mangsa yang mempunyai saiz 15 kali ganda lebih besar daripadanya.

Sumber: The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di