Siakap Keli

Daerah Manakah Yang Mempunyai Kualiti Udara Paling Bersih Di Malaysia?

Umum tahu, kualiti udara boleh memberi kesan kepada kesihatan kerana mempengaruhi beberapa faktor penting seperti suhu, kelembapan relatif, kulat, bakteria, pengudaraan yang tidak baik, dan juga pendedahan kepada bahan kimia.

Kualiti udara yang tidak baik akan menyumbang kepada ketidakselesaan, kesan kepada kesihatan, ketidakhadiran kerja dan produktiviti yang rendah. Kualiti udara yang baik pula akan memberi kesan kepada kesihatan yang baik kepada penghuni bangunan sekaligus menyumbang kepada keselesaan dan kesejahteraan.

 

Orang ramai walau bagaimanpun boleh menyemak bacaan indeks masa-sebenar di lokasi atau kawasan berhampiran melalui laman web ini.  Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap indeks udara pada peta interaktif tersebut.

Bacaan Indeks Kualiti Udara Semasa (AQI) setakat hari ini, 18 Januari 2019 di Malaysia menunjukkan daerah Kota Tinggi mempunyai indeks mutu paling berkualiti dengan AQI 15, dan diikuti Jerantut dengan 16.

Indeks mutu terbaik di negeri lain selepas kedua-dua daerah itu adalah:

  • Kluang – 18
  • Pasir Gudang – 20
  • Pengerang – 21
  • Rompin, Segamat, Batu Pahat,  – 24

Indeks mutu sederhana mengikut daerah adalah:

  • Shah Alam – 59
  • Pelabuhan Klang – 56
  • Taiping – 55
  • Perai, Cheras, Ipoh – 53

Sumber: Air Quality Index 

Tambah komen