Siakap Keli

“Saya Harap Itu Hanyalah Patung, Bukan Manusia,” Budak 2 Tahun Maut Kesejukan Terperangkap Luar Rumah Ketika Ribut Salji

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui mati kesejukan di luar rumah dengan berpakaian lengkap baju tidur selepas terperangkap di belakang rumah semasa ribut salji kuat.

Mayat Sofia Van Schoick ditemui di luar rumah oleh jirannya pada awal pagi ketika suhu menunjukkan bacaan -8 darjah celsius.

Menurut laporan, anak kecil itu baru sahaja berpindah di kejiranan itu, New Hampshire bersama ibunya yang sedang hamil dan kembarnya, Camden.

Datuknya ketika ditanya media tempatan memberitahu, Sofia merupakan seorang yang sangat berdikari dan mungkin dia bangun pada waktu malam untuk meneroka rumah barunya.  Namun, segalanya berubah menjadi tragedi apabila dia terkunci dirinya di luar.

Jiran yang menemuinya pula ketika ditemu bual memberitahu, dia berharap susuk itu adalah anak patung, bukan anak kecil sebenar.

“Saya ternampak seorang budak kecil di sebelah bahagian bawah tangga.  Saya berkata kepada diri sendiri, saya harap itu anak patung,” kata Rowe, jiran.

Rowe turut memberitahu teman wanitanya mendengar tangisan sayup pada jam 4 pagi tetapi tidak melihat apa-apa yang pelik dan kembali tidur.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra