Siakap Keli

[VIDEO] Soalan Maut Temuduga, ”Kenapa Awak Mohon Jawatan Ini?” Elak Bagi 3 Jawapan Ni

Artikel ini disumbangkan oleh Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Bila kita pergi interview kerja, pastinya ada beberapa soalan lazim yang kebiasaannya akan ditanya oleh interviewer kepada calon yang hadir. Selain ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang calon, sesetengah soalan yang ditanya sebenarnya ingin menguji personaliti dan skil yang ada bagi seseorang individu tu.

Antara contoh soalan interview yang sering ditanya adalah ”Kenapa Awak Nak Mohon Kerja Ni?” Nampak mudah, kan? Tapi macam mana nak jawab? Haa kalau korang dapat soalan macam ni, apa korang nak jawab? Nah, Maukerja sediakan tips berguna untuk korang di luar sana!

3 Jawapan Calon Tak Patut Jawab Jika Ditanya ”Kenapa Awak Nak Mohon Kerja Ni?”

 

1. ”Saya baru habis belajar dan masih belum ada hala tuju lagi, lagipun saya nak timba pengalaman baru…”

Ini jawapan yang menjerat calon di hadapan interviewer. Kalau calon jawab macam ni, tak mustahil kalau bila-bila masa je calon akan chow daripada syarikat tersebut bila dia dah boring. Jadi majikan akan fikir beberapa kali kalau nak ambil calon begini bekerja.

 

 

2. ”Saya dah menganggur setahun…”

Jika calon beri jawapan seperti dah lama menganggur, sangat memerlukan kerja sebab nak bayar sewa rumah dan duit pinjaman kereta, ini akan beri satu bad impression tentang diri calon kepada majikan. Calon seolah-olah menjerat diri sendiri sebab majikan takkan fokus kepada soalan ni, tetapi majikan akan tanya kenapa korang jobless dalam tempoh yang lama. Haa, dah jadi lain kes pulak!

3. ”Saya dah kerja di syarikat lama pada tempoh yang lama…”

Sama seperti yang diterangkan pada point nombor 1, calon berkemungkinan boleh meninggalkan sesebuah syarikat kerana merasa bosan. Tambahan pula, dia mengaku baru 4 tahun tapi dah nak cari kerja lain sebab nak pengalaman baru. Bukan tak boleh, cuma jawapan yang diberikan tu tak betul-betul meyakinkan.

 

Tonton Video Selanjutnya Di Sini 

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di