Siakap Keli

Gara-Gara Tak Bagi ‘Password’ Telefon, Isteri Bakar Suami Hidup-Hidup

Lombok Timur: Seorang lelaki cedera parah sebelum meninggal dunia selepas dibakar oleh isterinya sendiri di rumah mereka di Desa Pandawangi, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Dedi Purnama, 26, dipercayai disiram dengan minyak petrol sebelum dibakar hidup-hidup oleh isterinya, Ilham Cahyani yang marah kerana tidak diberi kata laluan telefon bimbit milik Dedi.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membaiki atap kediaman mereka sebelum didatangi isterinya yang bertanya tentang kata laluan telefon bimbit suaminya.

Dedi bagaimanapun dipercayai enggan memberi tahu hingga mencetuskan pergaduhan antara suami isteri itu sebelum Dedi dikatakan memukul isterinya terlebih dahulu.

Isterinya yang marah kerana permintaannya ditolak, segera menyimbah badan suaminya dengan petro dan menyalakan api menggunakan mancis.

Beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian bergegas  membantu Dedi yang terbakar seluruh badan dan segera menghantarnya ke hospital berdekatan.

Setelah dirawat selama dua hari, Dedi menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tersebut.

Isterinya kini berada dalam tahanan pihak berkuasa tempatan dan sedang disiasat bagi kes tersebut.

Sumber: MirrorUk 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar