Siakap Keli

Kucing Dan Anjing Dah Tak Serasi Tinggal Bersama, Lelaki Sewakan Apartment Mewah Untui Haiwan Peliharaan

Gara-gara kucing peliharaan anak perempuannya tidak serasi tinggal bersama dua ekor anjing yang lain di dalam rumah mereka, seorang lelaki sanggup menyewakan sebuah apartment studio mewah untuk didiami oleh kucing-kucing tersebut.

Image result for rent apartment for cats

Troy Good menyewakan sebuah apartment di Silicon Valley di California untuk kedua-dua kucing peliharaan anak perempuannya dengan kadar sewa AS$1,500 (RM6,164) sebulan.

Victoria, 18 anak kepada Troy melanjutkan pelajaran di kolej dan meletakkan kucing-kucingnya di bawah jagaan bapanya sebelum Troy terpaksa memindahkan haiwan-haiwan tersebut berikutan sering berkelahi dengan anjing miliknya.

Image result for rent apartment for cats

“Kucing dan anjing tersebut tidak serasi tinggal serumah membuatkan saya terfikir untuk memindahkan mereka ke suatu tempat yang selamat. 

“Saya sanggup membayar jumlah yang lebih mahal dari itu asalkan anak perempuan saya gembira dan kucing-kucing tersebut selamat,” jelas Troy yang dipetik dari portal berita tempatan.

Related image

Pemilik apartment tersebut, David Callisch yang juga merupakan teman kepada Troy pada awalnya bercadang mahu menjadikan rumahnya sebagai AirBnb sebelum Troy meminta untuk disewakan kepadanya.

“Saya terima dengan hati terbuka. Bukan sahaja saya dapat membantu rakan saya tetapi juga tidak perlu merisaukan keadaan rumah kalau disewakan kepada orang lain,” ujarnya.

Kucing-kucing tersebut dijaga rapi oleh David yang datang ke rumah tersebut setiap hari bagi memberi  makan dan bermain dengan mereka.

Sumber: The Independent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar