Siakap Keli

”Suamiku Kapten Bas,” Jodoh Tak Disangka, Kisah Pertemuan Pasangan Ini Mencuit Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Daripada sebuah pertemuan yang tak disengajakan, akhirnya membawa kepada sebuah ikatan perkahwinan. Umpama drama TV, kisah cinta seorang wanita yang berjaya mencuri hati kapten bas ini ternyata mencuit hati.

Perkenalan singkat mereka ketika Noor Habibah yang mesra digelar Bah ketika menjadi penumpang bas yang selalu dinaikinya itu akhirnya membawa kepada bibit-bibit percintaan pasangan ini.

Tulis nombor belakang tiket bas, amboi comel sungguh! Ada ke yang mengalami pengalaman serupa? Jom ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

SUAMIKU KAPTEN BAS RAPID 

24 Disember 2018. Syukur alhamdulillah.. Pada tarikh ni, kami disatukan dengan sekali lafaz setelah 2 bulan 18 hari mengikat tali pertunangan..

Kami berkenalan di dalam bas rapidKL 170, laluan Wira Damai ke Lebuh Ampang.. Ya, laluan bah dari Taman Seri Gombak ke Arina Skyview.. Lebih kurang 3 bulan bah menaiki bas rapid, itulah antara kali pertama bah menaiki bas 170, dan kapten bas tersebut adalah seorang lelaki muda.. aish biasalah perempuan.. kalau nampak lelaki muda,, mula lah bisik dalam hati, “eh, zaujkuuuu” 

Hari pertama naik bas dengan “Kapten zauj” ni macam tak ada sangat yang berlaku.. cuma duit kertas susah sangat nak masuk dalam tabung duit tuu… aduii.. nasib baik “Kapten Zauj” ni senyum dan tolong masukkan.. Bah pon tersenyum-senyum la sambil masuk and duduk kat dalam bas..

Gambar Sekadar Hiasan

Bah ni memang seorang “observer”.. setiap kali naik bas mesti nak tengok nama kapten bas rapid yang bawa bas.. So lepas turun tu sempat lah tengok nama “Kapten Zauj” ni yang ada terselit tepi bas tu.. Oh, “Kapten Shamel Azri…” Dengan tiba2 bah nyanyi “Tak kumendugaaaa kau berlalu pergiii…..” Yelah, nama sama dengan penyanyi lagu tu kan..

Hari kedua, Bah tunggu bas kat area Prima Sri Gombak.. bukan kat tempat biasa depan rumah.. Then, bas 170 datang… masa beratur, dah siap observe dah kapten mana yang bawak bas tuu.. aisehh “Kapten Zauj” lahh.. bah pon control muka excited bah tu then masuk dalam bas… Alamak, bah pakai touch n go plak, tak pakai duit kertas.. kalau tak, boleh dapat adegan duit kertas tak muat tabung macam semalam.. tapi, masa tengah nak touch card tu, “Kapten Zauj” tegur bah,

“Assalamualaikum.. harini tak naik kat tempat biasa ke?” Weyhhhhhhhhh… boleh rasa tak betapa berdebar nya jantung bah masa nihh… muka merah padamnya, terus jawab, “oh, tak.. sebab ada nak beli barang kat sini…” bah pon terus masuk dalam bas dengan jantung nk meletop then duduk.. bah asyik tanya diri sendiri “weyhhh.. dia ingat aku lahhh…!!” Then, bah teringat yang bah tak sempat balas salam dia, tepuk dahi jelaaa.. 

Gambar Sekadar Hiasan

Yang paling best, masa nak turun kat Monorail Chowkit.. bah ni dengan confidentnya pergi ke sebelah dia.. (padahal boleh je turun kat pintu blakang.. hehe.. gatal kann…) masa kat traffic light sebelum Monorail Chowkit tu, boleh pulak ada adegan ni.. bah nak tegok cermin sebab nak betulkan tudung, dan “kapten zauj” tengok cermin sebab nak tengok penumpang..

Korang boleh bayang tak camna time tu.. bertentanglahh…!! Bah ni dah macam kena ZINGGG! Sapa yang tengok citer hotel transylvania, taulah… Dalam 3 saat Zing tu berlaku, bah pon teruslah alihkan mata dan jantong bah yang baru je reda, mula berdebar balik macam nak meletopp.. 

Then, masa nak turun, “Kapten Zauj” ni bagi bah tiket bas… bah punya sengal, pergi cakap dekat dia, “saya pakai touch n go, tak pakai duit..” then, dia dengan segan-segan cakap, “takpelah, ambik jela…” bah ambik tiket and turun…turun-turun bas, bah pon pelik asal dia bagi bah tiket.. rupanya, belakang tiket tu, dia bagi NOMBOR DIAAAAAA…

Begitulah cerita macam mana kami mula-mula berkenalan.. nak tau lepas tu boleh datang citer face to face. Alhamdulillah, tak lama kami berkawan, kenal hati budi masing-masing, Kapten Shamel luahkan hasrat nak kahwin, dan kami sama-sama kumpul duit untuk tunang, duit hantaran, duit deposit rumah sewa, duit majlis, dan segala perbelanjaan bersama.. Dan akhirnyaaa… WE ARE OFFICIALLY HUSBAND & WIFE…!! 

Dugaan? Dugaan mestilah ada.. rakan-rakan bah yang rapat mesti tahu dugaan kami semasa bertunang adalah rare.. Betullah, dugaan bertunang orang lain-lain… kena banyak doa untuk diberi kesabaran yang kuat untuk menempuhinya.. Doakan kami berbahagia hingga ke Jannah yaa..

Terima kasih mama, arwah abah dan family bah sebab lahirkan dan jaga bah.. Terima kasih mama abang, arwah papa dan family abang, kerana lahirkan Shamel Azri yang bukan sahaja seorang kapten bas rapidkl, tapi juga kapten hati bah yang bakal memimpin ku ke syurga.. In sya Allah.

P/s : Kepada gadis-gadis, kawan-kawan perempuan bah yang dah ada bf, nak kawen, ingat, kalau betul nak hidup susah senang sama-sama, kenalah mula kumpul duit sama-sama, jangan harap laki je k…. tapi kalau laki kau mula harapkan duit kau je, baik tak payah… tinggalkan je.. bak kato orang nogori, MENGHABEHKAN BOREH YOO… 

Oh, ya!! Kepada mana-mana gadis yang nak try abam-abam kapten bas rapid, boleh je.. make sure bukan laki den dan bukan laki orang lain.. Tak pasal-pasal tengah cun-cun, nak naik bas, bini dia duk belakang bawak payung nak pukul korang.. Ada ke yang sama cam kita, suamiku kapten bas? Kalau ada, boleh la komen kat post kita.

Sumber : Noor Habibah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.