Siakap Keli
Imej Kredit: Trip Advisor

Gua Ais Memukau Iceland, Pengalaman Sekali Seumur Hidup Fenomena Ais Mencair Bentuk Landskap Unik Setiap Tahun

Siapa je tak pernah dengar keindahan iceland? Negara ais dengan ciri landskap unik membentuk pulau, gunung berapi dan glasier.

Vatnajökull merupakan glasier yang paling besar di Eropah dengan ketebalan ais mencecah 1,000 meter.

Meneroka sepanjang terowong gua menjadikan ia pengalaman yang paling indah kebiru-biruan.

Imej Kredit:Bridges and Balloons
Imej Kredit: Glacier Adventure
Imej Kredit: Goway.com

Pernah menjadi latar kepada filem James Bond pada tahun 1985, A View To A Kill, glasier tersebut memukau siapa sahaja yang melihatnya.

Gua ais ini dibentuk secara semula jadi pada setiap akhir musim panas dengan pembentukkan yang berubah-ubah.

Imej Kredit: Pinterest

Menjadi gua ais terpanjang dunia, pengunjung akan dapat menghayati keindahan fenomena bentukan ais didalam gua itu sepanjang 19km.

Tak dinafikan, gua ais ini antara destinasi yang paling mendapat sambutan pengunjung dalam dan luar negara.  Walau bagaimanapun, ia hanya boleh dilawati ketika musim sejuk dan pelawat dinasihati untuk memakai pakaian tebal kerana suhunya akan berubah-ubah.

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Sumber: World Tourism

Nur Farra