Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kepada DSN Saya Mohon Maaf,” Chef Wan Mohon Maaf Isu Mahu Tampar Mantan PM Itu

Tukang masak terkenal tanah air, Chef Wan melalui satu kemas kini di akaun Instagramnya tampil membuat permohonan maaf terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau DSN susulan kontrversi mahu menampar muka ahli politik tersebut berkaitan isu Felda.

”Kepada DSN pagi ini saya ingin memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar yang telah saya gunakan diwaktu saya merasa amat marah.

”Saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan jasa dan sumbangan yang diberikan olehnya kepada negara ini,” kata perkongsian tersebut.

Bagaimanapun katanya, DSN sebagai ahli politik perlu bersikap adil dan perlu berlapang dada menerima kritikan.

”Jika kita telah membuat kesalahan besar, kita perlu menelan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri seperti apa yang saya lakukan pagi ini.

”Ya saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah,” katanya lagi.

Chef Wan juga menegaskan bahawa orang diluar tidak memahami dugaan dan kepayahan yang terpaksa dilalui oleh peneroka Felda selama ini. Malah, permohonan maaf yang dibuat tidak bermakna semua hujah yang diberikan sebelum ini adalah salah.

”Kepada penyokong DSN, saya cuma mahu berpesan jangan jadi batu api. Anda boleh berkata apa sahaja tetapi saya tidak peduli.

”Apa yang saya fikir adalah Hari Pembalasan nanti apabila saya boleh berkata benar tetapi saya berbohong dan tidak memperbetulkan orang lain yang buat salah.

”Saya telah buat silap semalam dan saya telah memohon maaf kepada DSN. Saya tetap akan terus memperjuangkan perkara yang betul,” katanya.

Sumber: IG Chef Wan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.