Siakap Keli
Gambar : Kyodo News

Lelaki Tertua Dunia, Nonaka Meninggal Dunia Di Usia 113 Tahun

Masazo Nonaka, lelaki berusia 113 tahun dari Jepun yang mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki tertua di dunia ini, meninggal dunia pada Ahad, lapor media Jepun.

Nonaka, dilahirkan pada 25 Julai 1905 di bandar Ashoro, Hokkaido iaitu pada tahun yang sama Albert Einstein menerbitkan teori khusus tentang relativiti.

“Kami terkejut dengan kehilangan figura penting ini. Pada saat terakhirnya dia kelihatan sangat tenang. Dia meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang kesusahan buat keluarga kami,” kata cucu perempuannya Yuko, kepada Kyodo News di Tokyo.

Gambar : Kyodo News

Isterinya meninggal dunia pada tahun 1992 dan mereka dikurniakan lima orang anak. Semasa hayatnya, dia menjalankan perniagaan rumah penginapan di lokasi air panas di bandarnya.

Jepun merupakan salah satu daripada negara yang merekodkan jangka hayat tertinggi di dunia ini. Salah satunya ialah Jiroemon Kimura yang meninggal dunia sejurus menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-116 pada Jun 2013.

MenurutRekod Dunia Guinness, manusia paling tua yang pernah direkodkan ialah Jeanne Calment dari Perancis, yang meninggal dunia pada 1997 di usia 122 tahun.

Sumber : Kyodo News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.