Siakap Keli

Saya Sebak, Rupanya Selamanya Ini Isteri Tunggu Saya Tanya Benda Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Tipulah andai kata tidak dilanda ujian dalam hubungan. Namun, jika anda bijak mengelola hubungan kena dengan caranya pasti tiada masalah.

Seperti perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini mengenai tips hubungan suami isteri agar kembali segar seperti baru terjalin. Hanya cukup dengan satu pertanyaan, sudah cukup menyenangkan hati isteri anda. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Mana tahu anda boleh cuba selepas ini!

Semalam saya nampak wajah isteri saya redup dan lesu..

Rasa tak sedap hati. Terus saya tanya direct pada si dia ” sayang ada apa apa nak luah kat abang? Sayang luah je. Abang sedia dengar “

Tiba-tiba je selambak air matanya berhamburan keluar. Mengalir deras di kedua kelopak matanya.

” Nabila penat je bang “

Saya pun apa lagi. Tiba tiba je jadi Profesor serba tahu. Mencadangkan berbagai jenis solusi untuk hilangkan kepenatan isteri saya.

Yelah, isteri saya kan doktor. Nampak je macam pegang stetoskop tak buat apa apa tapi dengan beratus pesakit setiap hari memang membuatkan dia kelelahan.

” Abang. Nabila tak perlu tu semua. Abang mendengar pun dah cukup dah. Terima kasih abang “ Perlahan lahan wajahnya nampak berseri dan tenang. Seolah semua kepenatan tu hilang!

Allah. Saya tersentak dan sebak! Air mata saya pula nak bergenang. Rupanya selama ni dia tunggu saya bertanya je!

Inilah isteri kita semua. Dia nak kita sensitif dengan dia punya emosi. Dia nak kita tanyakan kepenatan dan keserabutan yang dia hadapi di rumah setiap hari.

Tanya! Itu kuncinya! Yang mana selama ni tak pernah bertanya pada isteri, tanyalah hari ni! Tak perlu banyak. Cukup tanya soalan ni je ” Sayang, ada benda tak sayang nak luah kat abang? Abang sedia nak dengar apa yang sayang pendam “

InsyaAllah keesokan harinya, hubungan anda akan tiba tiba segar dan mekar kembali. Cubalah sendiri.

Taufiq Razif,
Siap sedia menadah telinga
Untuk orang yang dia cinta

Sumber : Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.