Siakap Keli

Spesis Semut Baru Ditemui Dinamakan Sebagai Mo Salah

Fenomena bintang bola sepak ternama yang beraksi bersama-sama gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool ini terus menjadi sebutan apabila spesis semut baru yang ditemui dinamakan bersempena namanya.

Jika Zlatan Ibrahimovic mempunyai burgernya tersendiri manakala nama Johan Cryuff disemadikan pada asteroid, maka Mohammed Salah mempunyai semut sebagai ‘legasinya’.

Meranoplus mosalahi adalah spesis semut baharu yang ditemui di Dhofar di Oman.

Menurut penyelidik daripada Universiti Raja Saud, Profesor Mostafa Sharaf, semut berkenaan ditemui ketika pihaknya menjalankan penyelidikan di wilayah Arab dan Timur Tengah.

”Saya dedikasikan spesis baru semut ini bersempena Raja Bola Mesir dan bintang Liverpool. Satu kertas kajian ilmiah mengenainya akan diterbitkan dalam jurnal saintifik Peer J,” katanya.

Mostafa Sharaf yang mempunyai pengkhukusan dalam bidang Sistematik Semut juga merupakan seorang Profesor Pelawat di Muzium Dunia Liverpool.

Spesimen kepada spesis Meranoplus mosalahi ketika ini dipamerkan di salah satunya dipamerkan di muzium berkenaan dan dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Sumber: Liverpool ECHO

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.