Baru-baru ini media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar ‘throwback’ pengguna susulan cabaran ‘#10yearchallenge’ yang membuatkan mereka memuat naik sekurang-kurang dua keping gambar dengan perbezaan masa 10 tahun antara gambar pertama dengan gambar kedua.
Cabaran tersebut mendapat sambutan orang ramai bukan sahaja individu biasa namun beberapa tokoh ternama dalam dan luar negara.
Namun, lain pula bagi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, isteri kepada vokalis indie terkenal, Noh HUJAN ini apabila memuat naik status menerusi Instagram miliknya tentang perubahan yang dialami sepanjang 10 tahun lalu.
“Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsikan dari 10 tahun yang lalu, kerana saya tidak memakai hijab pada waktu itu.
View this post on Instagram
“Sesi kelas malam tadi, kami membicarakan tentang trend cabaran 10 tahun ini dan bagaimana jika kita memikirkannya secara lebih mendalam tentang iman dan bagaimana kita membesar selama 10 tahun itu sebagai seorang manusia.
“Pada tahun 2009, saya berusia 29 tahun, bujang dan terlalu fokus pada kerjaya solo saya. Saya putus asa nak cari pasangan dan semua tenaga saya, saya kerah dalam latihan nyanyian.
“Tanpa dijangka, saya bertemu bakal suami pada penghujung tahun 2009. Alhamdulilah, Allah satukan kami dan berkahwin tidak lama selepas itu. Doa saya dimakbulkan.
“Iman saya, pada waktu itu perlahan-lahan berkembang, sejak adik saya meninggal 2 tahun lalu, saya dapat merasakan ia seperti memberi impak yang besar pada hati saya. Walaupun saya tidak solat 5 kali sehari, saya tidak pernah menutup pintu itu dan hubungan saya dengan-Nya.
“Nasihat saya untuk anda yang masih belum cukup sempurna dalam menjalankan solat 5 waktu, solatlah walau sekali sehari. Terus lakukan untuk Allah dan satu hari nanti anda akan mendapati diri anda memenuhi semua kewajipan-Nya.
View this post on Instagram
“Jangan menghakimi orang lain, atau ditahap mana iman mereka. Anda mungkin tidak tahu bagaimana saya berusaha dan berjuang untuk menjadi seorang yang lebih baik, muslim yang baik.
“Tahun 2009, saya masih tak tahu membaca Alif Ba Ta. Saya hanya hafal Al-Fatihah dan 3 Qul. Saya hanya mula membaca pada usia 33 tahun. SubhanaAllah!
“Tak pernah saya bayangkan saya akan berada diruang yang berbeza dalaman dan luaran selepas 10 tahun. Allah menuntun saya kembali mengamalkan Islam dan sekarang saya sedang melanjutkan diploma dalam bidang Ta’leem Al-Quran, menjalankan dakwah dan forum.
“SubhanaAllah. Alhamdulilah untuk semua ini. Tidak pernah terlambat untuk pelajari Al-Quran! Anda hanya perlu tekad untuk melakukan perubahan. Allah akan terus membimbing kita pada jalan yang lurus, dan tingkatkan keupayaan diri kita untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Amin”