Siakap Keli

Tak Kisah Ditinggalkan Tepi Jambatan Semasa Lahir, Wanita Ini Tetap Mahu Ibu Bapa Kandung Hadiri Perkahwinan

Seorang wanita di China yang pernah ditinggalkan di atas jambatan sewaktu kecil mencari kedua orang tua kandungnya dan menginginkan mereka menghadiri perkahwinannya pada Jumaat akan datang.

Zhang Xiaoying, 20, menghubungi syarikat penyiaran Fuyang dan stesen televisyen di negara tersebut bagi membantu mengesan keberadaan kedua ibu bapanya.

Tujuan wanita ini mencari orang tuanya adalah untuk mengetahui keadaan mereka selain mahu bertanya sebab mengapa dia ditinggalkan di atas jambatan sejurus lahir pada 20 tahun yang lalu.

“Saya akan berkahwin dalam masa terdekat. Saya berharap ibu dan bapa saya dapat hadir meraikan hari bahagia saya.

“Saya juga tertanya-tanya mengapa mereka enggan menjaga saya sewaktu kecil,” jelasnya yang dipetik dari laporan portal tempatan.

Bagaimanapun, Zhang tidak menyimpan dendam terhadap kedua ibu bapanya kerana dia pasti mereka hidup dalam kesusahan pada waktu itu.

“Saya sering mimpikan mereka. Tapi dalam setiap mimpi, saya tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas kerana mereka berpaling dan meninggalkan saya,” ujarnya.

Related image

Terdahulu, Zhang ditemui sedang menangis di atas Jambatan Shuanglong pada tahun 199 oleh seorang pekerja bangunan yang pada awalnya cuba menjejaki ibu bapa kandung Zhang tetapi tidak berjaya sebelum dia menggalas tanggungjawab membesarkan wanita itu.

Mengabai dan meninggalkan anak tanpa pengawasan merupakan kesalahan berat di negara itu tetapi tidak dihiraukan oleh masyarakat dan masalah tersebut semakin menjadi-jadi apabila mengikut statistik yang dikeluarkan, hampir 100,000 bayi ditinggalkan ibu bapa mereka setiap tahun.

Sumber: South CHina Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar