Siakap Keli
Express UK

(Video) Alami Ketumbuhan Aneh, Lelaki Ini Digelar ‘Manusia Pokok’ Kerana Keadaan Fizikalnya

Abul Bajandar yang berasal daripada Bangladesh ini terpaksa bertarung dengan satu penyakit aneh apabila ketumbuhan yang berlaku pada bahagian tangan dan kakinya membesar semula walaupun pernah menjalani pembedahan.

Ketumbuhan yang sama seolah-olah bahagian pokok yang menjalar menyebabkan orang ramai memanggil Abul sebagai ‘Manusia Pokok’.

Penyakit yang jarang berlaku dikenali sebagai Epidermodysplasia verruciformis ini diketahui hanya pernah dihidapi oleh beberapa individu sahaja.

Ketumbuhan ini juga dikatakan berpunca daripada kecelaruan yang berlaku pada sistem imun seseorang dan pada masa yang sama mendedahkan diri pesakit kepada risiko human papillomavirus (HPV).

Express UK

Abul sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut yang dijalankan oleh doktor di Pusat Perubatan Dhaka. Malah mereka juga percaya bahawa Abul mungkin menjadi pesakit pertama yang berjaya sembuh ketika itu.

Pemuda berusia 27 tahun ini juga mendedahkan bahawa kesakitan yang dialaminya sebelum menjalani pembedahan sebagai ‘tidak tertanggung’.

”Saya tidak pernah terfikir bahawa saya mampu memegang anak saya sendiri dengan tangan ini,” kata Abul.

Pakar pembedahan plastik, Samanta Lal Sen memberitahu sekurang-kurangnya 16 siri pembedahan yang terpaksa dilalui Abul untuk membuang ketumbuhan tersebut sebagai ‘pencapaian menakjubkan’.

Express UK

”Abul yang berjaya sembuh adalah sesuatu yang ajaib dalam dunia perubatan. Menjalani 16 kali pembedahan dan keadaan jarinya hampir pulih selepas ketumbuhan berjaya dibuang,” katanya.

Sebelum menghidap penyakit ganjil ini, Abul terlebih dahulu mengahwini seorang wanita, Halima Khatun dan memiliki seorang anak perempuan.

Abul juga menderita beberapa tahun sebelum menjalani pembedahan yang menyaksikannya mengalami kesukaran untuk menguruskan diri seperti makan dan minum.

”Saya mahu menjadi manusia normal. Mahu peluk dan pegang anak saya sendiri,” kata Abul.

 

Sumber: Express UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di