Siakap Keli
CNN

(Video) Hebat, Lelaki Ini Hasilkan Sut Terbang Seperti Iron Man Dan Boleh Dibeli Pada Harga RM 1.7 Juta

Sut Iron Man yang dipakai Tony Stark dalam MCU mungkin menjadi realiti satu hari nanti apabila seorang pereka cipta berbangsa British berjaya membangungkan sut terbang sedemikian.

Dinspirasikan daripada watak adiwira dunia tersebut, Richard Browning berjaya terbang buat seketika hasil thruster yang dipasang pada bahagian belakang dan tangan sut.

Ingin memilikinya? Ya, jika anda cukup kaya kerana sut ini boleh didapati pada harga £340,000 (RM 1.78 juta).

Sut terbang untuk dihasilkan oleh Browning menggunakan teknologi pencetakkan 3D, beberapa kompenan khas dan dilengkapi dengan lima enjen jet kecil.

CNN

Apabila anda sudah mahir untuk mengendalikan sut terbang tersebut, anda berupaya untuk terbang pada kelajuan 51 kmj dan pada ketinggian 3600 meter.

”Saya ditanya orang ramai, kenapa? Saya fikir kerana saya sukakan cabaran,” katanya mendapat idea untuk menghasilkan sut terbang hasil pengalaman diraih ketika berkhidmat untuk Royal Marine sebelum ini.

Browning turut berkongsi bahawa keinginan untuk terbang sudah sekian lama mengalir dalam darah dagingnya.

Ayahnya berkhidmat sebagai seorang pereka cipta dan jurutera angkasa. Datuk disebelah ayah pula pernah berkhidmat sebagai juruterbang pesawat pejuang dan pesawat komersial manakala datuk disebelah ibu berkhidmat dengan syarikat pembuatan helikopter British.

CNN

Katanya lagi, tiada tujuan khusus mengapa sut terbang tersebut dibina, sebaliknya ia dihasilkan atas tujuan suka-suka.

”Ia dimulakan sebagai usaha untuk membuktikan sut terbang bukan fantasi di dalam komik sahaja. Tetapi kini, kami sudah membuktikan sebaliknya. Ia menyeronokkan dan pada masa yang sama mengejutkan kami juga,” kata Browning.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yPZ3goRCdWQ]

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.