Siakap Keli

(Video) Walaupun Baru Berumur Enam Tahun, Budak Lelaki Ini Dah Jadi Pendandan Rambut Profesional

Walaupun baru berusia enam tahun, seorang kanak-kanak di China memiliki kemampuan untuk menggunting dan mendandan rambut pelanggan di salun milik keluarganya.

Image result for Jiang hongqi

Salun yang terletak di Suining dekat wilayah Sichuan, China diusahakan oleh ibu bapanya enam tahun lalu.

Jiang Hongqi dipercayai membesar di salun tersebut kerana mengikuti kedua ibu bapanya pergi bekerja dan membuatkan dirinya mula minat untuk mengikuti jejak langkah mereka.

https://youtu.be/9qFFpHypycM

Sebuah video yang memaparkan gelagat Jiang Hongqi memotong rambut pelanggan dengan profesional tular di laman sosial.

Rakaman yang dimuat naik ibunya itu memperlihatkan gaya bersahaja Jiang memotong rambut seorang wanita yang datang ke salun tersebut.

Video berdurasi selama seminit itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang majoritinya memuji dan kagum dengan bakat yang dimiliki kanak-kanak itu.

Sumber: AllVideoKingdom AVK

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar