Siakap Keli

4 Bidang Pendidikan Paling Ramai Graduan Menganggur Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Menurut Menteri Pendidikan Tinggi seramai 54,103 orang graduan yang telah menamatkan pengajian gagal mendapatkan peluang pekerjaan.Walaupun begitu, korang tahu tak graduan kos apa yang susah nak dapat peluang pekerjaan ni?

Jadi disini Maukerja kongsikan 4 bidang yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi yang dipetik dari Utusan, Free Malaysia Today, mStar dan juga MalaysiaKini.

1. Pengurusan Sumber Manusia

Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan.

Semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

2. Perakaunan

Jawatan Akauntan adalah satu bidang professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai dan graduan perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap.

Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit menyebabkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

3. Seni

Tidak pasti kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil dan logam.

Tak dinafikan bahawa graduan ni mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan tu yang membuatkan mereka tidak dipandang lagi.

4. Pengurusan perniagaan

Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional. Mungkin disebabkan masyarakat kini dah terdedah dengan pengurusan perniagaan, tu yang menyukarkan graduan untuk mendapat kerja.

Tapi sebenarnya fenomena ni bukan sekadar berlaku kat negara kita je, malah ia turut terjadi di beberapa negara lain. Oleh itu, graduan kena pandai memilih bidang yang diceburi agar memudahkan dorang mendapat peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan rezeki ada je dimana-mana pada mereka yang sentiasa berusaha.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.