Siakap Keli

Hilang Sabar Semasa Bertengkar, Warga Emas Bakar Isteri Dalam Kereta

Kanazawa- Seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membunuh isterinya dengan cara membakarnya di dalam kereta.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat lalu, seorang wanita berusia 79 tahun yang bernama Masuko Miyabara ditemui sedang terbakar  dalam kereta di kerusi hadapan dekat Kanazawa, Jepun.

Selepas menerima panggilan kecemasan dari orang awam, pihak polis dan bomba tempatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbakar sepenuh badan dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut polis, suspek, Masahiro Miyabara yang berusia 80 tahun ditemui dalam sebuah kereta yang berlainan berhampiran lokasi kejadian dengan keadaan kakinya melecur.

Setelah disoal siasat, Masahiro mengakui bahawa dia melakukan kesalahan itu berikitan hilang sabar ketika sedang bertengkar dengan mangsa yang juga merupakan isterinya.

Masahiro mengakui dia menyimbah petrol ke arah kereta isterinya yang berada dalam kenderaan sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api.

Masuko menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat malam berikutan keadaannya yang kritikal.

Sumber: JapanToday

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar