Siakap Keli

Indonesia Digegar Gempa Kuat Kali Kedua Dalam Jarak Masa Beberapa Jam

Rantau Sumba Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi, kali ini gempa kuat berukuran 6.5 pada skala Richter pada pukul 1.10 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi kali kedua itu dengan kedalaman 48km berlaku 233km selatan dari Kota Bima, Indonesia.

Kawasan berkenaan sebelum ini dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter pada pukul 7.59 pagi.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Nur Farra