Siakap Keli

”Saya Tak Akan Khianati Negara Saya,” Rakyat Palestin Ini Tolak RM412 Juta Harga Tanah Yang Mahu Dibeli Israel

”Saya akan menolak semua duit dalam dunia ini. Saya tidak akan mengkhianati tanah ataupun bangsa saya sendiri. Duit adalah bagus, tapi sekiranya jika ia diperolehi dengan cara yang betul,” begitulah kata-kata seorang penduduk Palestin dalam memperjuangkan maruah tanah airnya dari dicemari dengan rejim Israel.

Abdul Raouf Al-Mohtaseb yang tinggal di Kota Hebron telah menolak tawaran daripada penduduk Israel yang mahu membeli rumah dan kedainya. Harga yang ditawarkan bukan sedikit malah mencecah AS$100 juta (RM412 juta).

Bukan sekali, malah dia sudah menerima tawaran tersebut berulang kali daripada pendatang Israel tersebut. Jika dia menerima tawaran tersebut, samalah seperti dia menjual tanah airnya sendiri.

Bercakap kepada Al-Mayadeen TV, Al-Mohtaseb berkata, tawaran permulaan yang diterima bermula dari AS$6 juta (RM25 juta) sebelum meningkat menjadi AS$40 juta (RM165 juta) dan yang terakhir yang diterima ialah AS$100 juta (RM412 juta).

Sumber : Middle East Monitor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.