Siakap Keli
Gambar Hiasan

Siapa Sangka Asam Keping Dalam Makanan Anda Boleh Kuruskan Badan

Siapa saja yang tak kenal dengan asam gelugor atau nama lainnya Garcinia Cambogia atau Garcinia Atroviridis. Lebih mesra lagi bila dipanggil asam keping. Tumbuhan liar ini hanya dijumpai di Malaysia sahaja. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan zaman berkurun dahulu.

Buah asam ini bukan sahaja digunakan dalam masakan ‘mak-mak’ sahaja tetapi mempunyai banyak khasiat yang tinggi untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia. Ia juga digunakan untuk membasuh sesuatu supaya hilang kesan bau busuk.

Bagi yang tidak mengenali rupa buah ini, ia seakan labu namun bersaiz kecil berwarna hijau dan bertukar kepada kuning-kekuningan setelah ia matang. Buah asam ini mengandungi serat vitamin yang bagus untuk turunkan berat badan dan sebagainya.

Jadi, ini ada beberapa khasiat yang terkandung dalam buah asam keping ini.

1. Mengurangkan berat badan

Asam keping ini bertindak untuk menghalang daripada penyerapan karbohidrat daripada disimpan menjadi lemak. Ini adalah manfaat yang utama kerana memandangkan ramai orang yang berbadan besar akibat pengambilan karborhidrat yang tinggi dan menghalang daripada pembentukan kolestrol.

Untuk pengetahuan umum, asam keping ini mengandungi asid sitrik hydroxy yang juga boleh menyekat selera makan seperti serotonin. Keupayaannya untuk menurun berat badan adalah sangat besar.

2. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Selain daripada ubat-ubatan hospital, air rebusan asam keping jugadapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit lain seperti kencing manis, Ia dapat mengawal gula dalam darah.

3. Meredakan sakit gigi

Buah asam kepingjuga dikatakan mampu untuk melegakan sakit gigi. Caranya adalah mengambil sekeping asam dan kemudian basuh hingga bersih dan lembut. Tampalkan atau selitkan di celah-celah antara gusi pada bahagian pipi selama 10 minit. Kemudiannya kumur dengan air suam.

4. Mengecutkan rahim

Amalan meminum air asam gelugur semasa pantang dipercayai mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

5. Mengurangi kebuncitan

Selain menyebabkan kita sukar untuk memiliki pakaian yang diidamkan kerana masalah perut buncit sehinggakan membuat seseorang tidak percaya pada diri. Untuk mengatasi kita dapat memanfaatkan asam keping atau gelugor ini. Minum air rebusan asalam keping yang kering secara berulang untuk dapatkan badan yang idea.

 

Sumber:

  1. https://www.naturalfoodseries.com/11-benefits-garcinia-cambogia/
  2. https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/garcinia-cambogia.html
  3. http://www.newater.info/seven-amazing-garcinia-cambogia-health-benefits/
  4. https://www.khasiat.co.id/buah/asam-gelugur.html

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang