Siakap Keli

Terbeli Penguin Curi Zoo Yang Dijual Di Facebook, Lelaki Pengumpul Haiwan Eksotik Buat laporan Polis

Seorang penggemar haiwan eksotik membuat laporan polis apabila dia menyedari dua ekor penguin yang dibelinya itu rupanya hasil curian dari  Zoo South Lakes Safari, Cumbria.

Reece Oliver, 27 membeli dua ekor haiwan tersebut di Facebook yang dijual oleh seorang lelaki berusia 23 tahun.

Bagaimanapun, dia mula menyedari kedua penguin itu milik zoo apabila membawa mereka ke klinik veterinar untuk dirawat.

Penguin tersebut diletakkan mikrocip yang apabila diimbas pada mesin pengesan menyatakan hak milik zoo di Dalton, Cumbria.

Dia segera menghubungi pihak polis dan melaporkan perkara itu selain turut meminta penjual penguin itu untuk datang ke rumah kebunnya di Strelley, Notts.

Ketika suspek tiba, polis segera memberkas lelaki tersebut dan ditahan atas kesalahan mencuri dan menipu.

Kedua-dua haiwan yang berusia 15 tahun itu kini selamat dipulangkan ke habitatnya di zoo tersebut.

Sumber: The Sun

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar