Siakap Keli
Aman Palestin

(Video) Cuaca Sejuk Sehingga Pakaian Beku, Ada Anak Kecil Meninggal, Kisah Sedih Pelarian Syria Di Musim Sejuk

Tiada kebaikkan langsung yang diperolehi melalui jalan peperangan. Buktinya? Alihkanlah pandangan anda ke Timur Tengah, lihat saudara-saudara seagama kita disana menderita menjadi mangsa kepada peluru, bom dan apa sahaja senjata antara dua pihak yang bertelingkah.

Baik si ibu atau si ayah ataupun anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, setiap hari adalah perjuangan antara hidup dan mati. Tiada janji bahawa esok hari akan datang lagi untuk mereka. Itulah suasana yang ketika ini dilalui oleh pelarian-pelarian mangsa perang di Syria.

Ditambah dengan cuaca sejuk, suasana menjadi serba tidak mudah untuk mereka. Malah, hasil perkongsian yang dibuat oleh sukarelawan daripada Aman Palestin yang berada di sana, suhu sejuk melampau di bawah paras beku ini telahpun meragut nyawa seorang kanak-kanak di kem pelarian di Lubnan.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 1.5 juta orang pelarian perang Syria ditempatkan di kem-kem pelarian di Lubnan. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 250 ribu orang pelarian terjejas akibat ribut yang melanda negara tersebut baru-baru ini.

Aman Palestin

Dugaan demi dugaan datang buat mangsa-mangsa perang ini. Negara musnah, perlu melarikan diri daripada tanah air sendiri, menjadi pelarian di negara orang dan serba-serbi kekurangan. Datang pula musim sejuk yang diburukkan lagi dengan kejadian ribut.

Banyak khemah-khemah yang menjadi tempat pelarian ini berteduh rosak akibat kejadian ribut berkenaan. Antaranya adalah khemah-khemah di dataran utara Akkar hinggalah ke timur lembah Bekaa. Tiada pilihan, mereka hanya mampu berlapar dan pada masa yang sama perlu membakar pakaian untuk memanaskan diri.

Aman Palestin

Selain itu, pelarian-pelarian ini juga turut dihimpit masalah banjir dengan air bertakung hampir setengah meter disebabkan berlakunya kerosokkan teruk pada sistem aliran.

Bayangkan jika anda di tempat mangsa-mangsa pelarian ini. Dihimpit masalah dari kiri dan kanan, depan dan belakang setiap hari, bahkan ada yang sudah melalui kesensaraan ini bertahun-tahun lamanya. Kita bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur, tetapi itu bukan alasannya untuk kita berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat manusia lain menderita.

Ayuh, salurkan sumbangan anda kepada Aman Palestin yang telahpun menghantar seramai 15 orang sukarelawan pada 15 Januari lalu ke Lubnan untuk membantu pelarian-pelarian ini. Sebaik tiba di sana, pelbagai barang keperluan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia sudahpun diagihkan kepada beberapa kem pelarian yang terletak di Beqaa.

Antara kawasan-kawasan yang sudah diagihkan sumbangan menurut Aman Palestin adalah:

1. Kem Yasamin, Beqaa, Lubnan
– Jumlah agihan 208 gelen ( 1 gelen minyak untuk 1 Keluarga seberat 20 Liter)
– Jumlah menerima manfaat 208 Keluarga.

2. Kem Al Jasem, Beqaa, Lubnan
– Jumlah agihan 70 gelen ( 1 gelen minyak untuk 1 Keluarga seberat 20 Liter)
– Jumlah menerima manfaat 70 Keluarga

3. Kem Hamid, Beqaa, Lubnan
– Jumlah agihan 119 Kotak berisi makanan asas.
– Jumlah menerima manfaat 119 Keluarga.

4. Kem Al Hikmah, Beqaa, Lubnan
– Jumlah agihan 31 Kotak berisi makanan asas.
– Jumlah menerima manfaat 31 Keluarga.

5. Kem Ar Rahmah, Beqaa, Lubnan
– Jumlah agihan 130 gelen ( 1 gelen minyak untuk 1 Keluarga seberat 20 Liter)
– Jumlah menerima manfaat 130 Keluarga

Aman Palestin

Teruskan menyumbang kepada:

1. Akaun Aman Palestin Berhad

Bank Islam:          12029010047880

Maybank:              562263010787

CIMB:                    8600460353

2. Sms/whatsapp/emel slip transaksi ke

Zainizam (+60194991610) / (+60166946601)

[email protected]

3. Sertakan

Nama :

Alamat :

No. kad pengenalan :

No. telefon :

Emel :

4. Tularkan (viralkan) mesej ini kepada semua kenalan sama ada group whatsap, telegram, fb dan sebagainya.

Semoga sumbangan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada pemberi dan penerima sumbangan. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang melalui Aman Palestin.

Sumber: Aman Palestin

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.