Siakap Keli
BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Video)Siaran Langsung Kerja-Kerja Menaikkan Kenderaan Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang

Ketika ini, seramai 40 penyelam dari Pasukan Polis Marin, TLDM, Maritim dan Bomba sedang bertungkus-lumus untuk menaikkan kereta Mazda CX-5 yang terhumbang ke dalam laut akibat kemalangan yang berlaku Ahad lepas.

Difahamkan, kerja-kerja menaikkan kenderaan tersebut hanya dapat dimulakan selepas keadaan laut kembali tenang.

Melalui siaran langsung yang dibawakan di facebook Front Desk, wartawan di lokasi menjelaskan bahawa kira-kira 15 orang kenalan rapat kepada mangsa, Moey Yun Peng, 20, termasuk keluarga, rakan-rakan dan teman wanitanya sejak kira-kira 10 pagi lagi.

Menjawab persoalan yang dilontarkan oleh netizen, wartawan berkenaan memberitahu bahawa pasukan penyelamat tidak dapat mengeluarkan mayat mangsa terlebih dahulu disebabkan keadaanya yang tersepit di dalam kenderaan.

Pasukan penyelamat ketika ini sedang berusaha untuk mengikat kabel pada kenderaan tersebut yang dianggarkan berada pada kedalaman kira-kira 15 meter. Kabel berkenaan bersambung dengan sebuah kren yang ditempatkan di atas jambatan bagi memudahkan proses menaikkan kenderaan tersebut.

Lokasi kejadian ketika ini telah ditutup dan hanya kelibat pasukan penyelamat serta pengamal media sahaja kelihatan di kawasan sekitar berdekatan.

Ikuti siaran langsung dibawah bagi mengikuti perkembangan terkini kerja-kerja menaikkan kenderaan tersebut.

 

&nbsp

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.