Siakap Keli

Wanita Gemar Berpakaian Renang Sewaktu Mendaki Ditemui Mati Kesejukan

Pasukan penyelamat Taiwan bertungkus-lumus untuk mengeluarkan mayat seorang wanita yang terkenal dengan gaya gemar memakai pakaian renang atau bikini ketika mendaki gunung secara solo pada 11 Januari lalu.

Gigi Wu atau nama sebenarnya Wu Chi-Yun ditemui mati kesejukan pada 21 Januari lalu di Taman Negara Yushan di Taiwan selepas dipercayai jatuh ke dalam gaung dan tercedera serta tidak mampu bergerak.

Bagaimanapun, pendaki berusia 36 tahun itu sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon satelit pada Sabtu untuk memberitahu dia terperangkap di dalam gaung sedalam 20 meter.

Menurut rakannya juga, Wu memberitahu dia tidak dapat keluar dari kawasan itu berikutan cedera yang dialaminya agak parah selain sempat memberi koordinat kedudukannya bagi memudahkan pasukan penyelamat mencarinya.

Pasukan penyelamat menghantar bantuan menggunakan helikopter namun sukar untuk menemuinya berikutan cuaca buruk.

Operasi mencari Wu diteruskan dengan menghantar dua pasukan penyelamat yang akhirnya menemukan mayat Wu pada Isnin lalu di lokasi kejadian.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar