Siakap Keli

21 Status Halal Produk Diragui Netizen, JAKIM Jelaskan Segala Kemusykilan

Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.

Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Keraguan sesetengah produk daripada kalangan orang ramai menyebabkan pihak JAKIM melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan sebanyak 21 produk yang mendatangkan kemusykilan terhadap status halal serta pensijilan halal itu.  Mari baca perkongsian dibawah.  Semoga bermanfaat.

STATUS HALAL PEPERO

Soalan:-

Adakah coklat Pepero memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL KINDER BUENO

Soalan:-

Adakah coklat Kinder Bueno memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, coklat Kinder Bueno merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT).

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL SUSHI KING

Soalan:-

Adakah Sushi King memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Untuk sebarang persoalan dan maklum balas berkenaan info-info halal boleh layari FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL COKLAT FERRERO ROCHER

Soalan:-

Adakah Coklat Ferrero Rocher memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Coklat Ferrero Rocher mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa.

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL AIS KRIM MAGNUM

Soalan:-

Adakah Ais Krim Magnum memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL MINUMAN JENAMA FANTA

Soalan:-

Adakah minuman jenama Fanta memiliki pensijilan halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, produk minuman jenama Fanta keluaran Syarikat Coca-Cola (Bottlers) Malaysia Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Sering kali tular di media sosial berkenaan tuduhan liar terhadap minuman jenama ini yang didakwa tidak halal. Ikuti perincian penjelasannya di:-

http://bit.ly/2t8dygG

Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar merujuk dahulu sesuatu isu halal yang tular kepada pihak yang berwibawa sebelum menyebarkannya.

Selain itu, utamakanlah produk minuman yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sebagai pengguna yang bijak dan prihatin, teliti terlebih dahulu label produk dan kenali logo halal yang tertera. Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER

Soalan:-

Adakah Golden Churn Creamery Butter memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)

Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Untuk pengetahuan,ketiga-tiga badan pensijilan halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sebagai pengguna yang bijak dan prihatin, teliti terlebih dahulu label produk dan kenali logo halal yang tertera. Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL KFC MALAYSIA

Soalan:-

Adakah KFC Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen menularkan isu berkenaan status halal KFC Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal KFC Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Status Halal Loji Penyembelihan Ayam KFC:-

http://bit.ly/IsuLojiPenyembelihanAyamKFC

2. Penjelasan Tular Isu Kebersihan (Toyyiban) KFC:-

http://bit.ly/IsuToyyibanKFC

Ketahui Polisi Halal KFC Malaysia di:-

http://bit.ly/PolisiHalalKFCMalaysia

Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk dan premis makanan yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL STARBUCKS MALAYSIA

Soalan:-

Adakah Starbucks Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal Starbucks Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Audio Status Halal Starbucks:-

http://bit.ly/TularAudioIsuHalalStarbucks

2. Penjelasan Tular Dakwaan Tokoh Agama:-

http://bit.ly/TularDakwaanTokohAgama

Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalStarbucks

Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk dan premis makanan yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL MCDONALD’S MALAYSIA

Soalan:-

Adakah McDonald’s Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, McDonald’s Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal McDonald’s Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Status Halal Kopi McD:-

http://bit.ly/2TularStatusHalalKopiMcD

2. Penjelasan Tular Isu Daging McD:-

http://bit.ly/TularStatusHalalDagingMcD

3. Penjelasan Tular Isu Ramuan LM10:-

http://bit.ly/TularIsuLM10

Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-

http://bit.ly/StatusHalalMcDonaldsMalaysia

Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk dan premis makanan yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL PRODUK YEO’S

Soalan:-

Adakah produk makanan jenama Yeo’s memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, produk makanan jenama Yeo’s keluaran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk makanan Yeo’s dengan Kod E 471 yang didakwa dari sumber yang tidak halal.

Penjelasan berkenaan isu Kod E ini telah diterangkan oleh pihak kami di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE

Selain itu, penafian dan jawapan kepada fitnah dan salah faham ini turut dijawab sendiri oleh pihak Yeo’s di:-

www.yeos.com.my/pensijilan-halal-daripada-jakim/

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL PRODUK MASSIMO

Soalan:-

Adakah produk roti jenama Massimo memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, produk roti jenama Massimo keluaran The Italian Baker merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Isu mengenai pertikaian status halal produk Massimo pernah tular sebelum ini dan telah dijelaskan oleh pihak kami:-

http://bit.ly/2TularIsuHalalMassimo

Tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima sesuatu isu halal yang tular di media sosial dengan merujuk pihak yang berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL PRODUK APOLLO

Soalan:-

Adakah Kek Lapis jenama Apollo memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, kek lapis jenama Apollo keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk Apollo dengan Kod E yang didakwa dari sumber yang tidak halal. Penjelasan berkenaan isu Kod E telah diterangkan oleh pihak kami di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE

Penjelasan berkenaan isu tular status halal produk Apollo:-

http://bit.ly/TularApollo

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan

2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

STATUS HALAL MINYAK YU YEE

Soalan:-

Adakah minyak Yu Yee memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

HAIWAN AL- JALLALAH DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Soalan :-

“Sejauhmanakah haiwan yang diternak dengan memberi makanan dari najis dengan sengaja boleh digunakan sebagai ramuan untuk mendapatkan pensijilan halal?

Jawapan :-

Sebelum menjawab persoalan ini dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama melihat maksud haiwan al-jallalah.

Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah.

Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:

Ertinya: dan al-Jallalah itu adalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.

Menurut para ulama Hanafiyah: al-Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain. Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah pula berpendapat bahawa maksud al-Jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis.

“Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 – 6 April 2006, ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut SENGAJA dipelihara di dalam air najis atau SENGAJA diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya”

Susulan dari keputusan Muzakarah tahun 2006 tersebut, haiwan akuatik dalam kategori _al_- _Jallalah_ disebut sebagai tidak halal di dalam MS1500 : 2009 (Semakan Kedua).

Ini menunjukkan pandangan Hukum Syarak menjadi darah daging dalam proses peningkatan mutu Standard Malaysia berkaitan pensijilan halal.

Sekalipun ramuan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi yang tidak melalui sebarang pemprosesan di kilang, namun ada sudut lain yang perlu diteliti untuk menjamin kehalalan sajian/produk.

Bagi memenuhi syarat pensijilan halal Malaysia, penggiat industri wajar menyedari kewujudan klausa ini dalam MS1500 : 2009 (Semakan kedua).

Standard ini merupakan garis panduan umum untuk pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan halal bagi semua samada pemegang sijil halal serta pihak yang belum bersedia atau sedang ke arah membuat permohonan sijil halal.

Ketahui pelbagai persoalan berkaitan halal di koleksi FAQ Halal:-

http://bit.ly/FAQHalal
http://bit.ly/FAQHalal
http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

SALAH FAHAM TERHADAP PERKATAAN BRISTLE

Soalan:-

Adakah perkataan bristle yang terdapat pada label bungkusan berus gigi atau berus-berus lain merujuk kepada bulu babi?

Jawapan:-

Untuk makluman, perkataan bristle semata-mata bukanlah merujuk kepada bulu babi. Ianya merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang bermaksud bulu pendek/bulu tegak

Perlu diketahui berus gigi kebiasaannya diperbuat daripada nylon atau mana-mana bulu yang lembut.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika melakukan belian dengan memerhati label bungkusan.

Hal ini kerana, penggunaan nama-nama berikut merujuk kepada bulu babi iaitu Boar’s Bristles or Pig Bristles. Natural/Pure Bristles juga merujuk kepada bulu haiwan sama ada kuda atau babi dan lain-lainnya.

Ikuti pelbagai persoalan dan info halal semasa di:-

http://bit.ly/FAQHalal
http://bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
http://bit.ly/FBHABHALAL

#SemakSebelumSebar
#JauhiFitnahDirahmatiAllah
#YakiniHalalMalaysia

SALAH FAHAM TERHADAP KOD E

Soalan:-

Adakah Kod E mempunyai kaitan dengan lemak babi?

Jawapan:-

Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.

Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.

Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan Kanada.

PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF:-

E100 – E199:

– Warna

E200 – E299:

– Pengawet

E300 – E399:

– Oksidan

– Fosfat

– Antioksida

– Pengawal Asid

E400 – E499:

– Pemekat

– Pelembap

– Penstabil

– Emulsifier

E500 – E599:

– Garam

– Regulator Asid

– Agen Penghalang Kerak

E600 – E699:

– Penambah Perisa

E900 – E999:

– Pemanis

– Bahan-bahan lain

E1000- E1999:

– Bahan Kimia Tambahan

Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang HARAM.

Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Contoh Nombor E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471. Ia adalah sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida.

Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan.

Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.

Dalam memastikan sumber yang di makan adalah terjamin,masyarakat harus peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan.

Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam.

Manakala Bahagian Hab Halal, Jakim/Main/Jain akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal).

Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk tempatan atau luar negara dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai Kod E.

Namun, sekiranya produk tersebut tidak mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM, walaupun menggunakan Kod E yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih,selamat dan mengikut standard, garis panduan halal serta perundangan berkaitan yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular, ikuti penjelasannya di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#JauhiFitnahTohmah
#MogadirahmatiALLAH

STATUS HALAL BISKUT GERY

Soalan:-

Adakah Biskut Gery memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Biskut Gery keluaran Pt Garuda Food Putra Putri Jaya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk biskut yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my

Bagi mengetahui status halal produk yang mendapat pengesahan halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI), layari:-

bit.ly/HALALMUI

Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

http://bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL MEE RAMEN HOT CHICKEN JENAMA SAMYANG

Soalan:-

Adakah Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-

bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

STATUS HALAL MEE/BIHUN SEGERA JENAMA PAMA & MAMA

Soalan:-

Adakah Mee/Bihun segera jenama PAMA & MAMA memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Mee/Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=761629273996348&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

Soalan:-

Bagaimana mengenali/mengetahui premis makanan yang telah mendapat pengesahan halal?

Jawapan:-

Terdapat 3 ciri-ciri utama bagi premis yang telah mendapat pengesahan dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia:

  1. Mempamerkan LOGO HALAL MALAYSIA di hadapan/pintu premis.

2. Mempamerkan SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA yang asal dan masih sah tempoh di premis. (Alamat premis mestilah sama sebagaimana dinyatakan di dalam sijil dan tempoh sijil masih sah).

3. Maklumat premis boleh disemak melalui DIREKTORI HALAL MALAYSIA (www.halal.gov.my). Premis yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak akan dipaparkan.

Sekiranya terdapat premis yang mendakwa telah mendapat pengesahan halal, sila pastikan premis tersebut memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Jika tidak, status pengesahan halal premis tersebut masih diragui kerana kami mendapati ada premis cuba memperdaya dan mengelirukan pengguna dengan:

  • mempamerkan logo halal tanpa kebenaran atau logo halal palsu/tidak diiktiraf atau,
  • mempamerkan salinan sijil halal bahan ramuan/pembekal atau,
  • mengubahsuai dan mempamer salinan sijil halal premis lain atau,
  • mempamer hiasan ayat-ayat Al-Quran atau perlambangan bercirikan Islam (bulan, bintang, atau masjid) bagi premis milikan bukan Islam.

Sekiranya pengguna mendapati terdapat sebarang penyalahgunaan logo atau sijil halal, aduan boleh disalurkan terus ke emel:-

[email protected].my
03-8892 5000/1

dan/atau ke inbox Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

atau/dan ke Bahagian/Unit/Cawangan Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia.

Rujuk pautan di bawah untuk mengetahui prosedur dan perincian aduan yang ingin dibuat:

http://bit.ly/ProsedurAduan

Ikuti pelbagai bentuk FAQ Halal di:-

http://bit.ly/FAQHalal

“Yakini Halal Malaysia”

www.halal.gov.my

SYARAT-SYARAT PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Soalan:-

Apakah syarat-syarat pensijilan halal Malaysia?

Jawapan:-

Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia ialah pemohon atau pengilang hendaklah:-

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/Suruhanjaya Koperasi Malaysia/ lain-lain agensi kerajaan.
  • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan.
  • Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
  • Mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal sahaja.
  • Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf.
  • Memohon semua jenis produk/menu yang dikeluarkan di kilang/premis berkenaan.
  • Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut.

om mohon sijil halal dan ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia di www.halal.gov.my

FB:- http://bit.ly/FBHABHALAL

Klik koleksi FAQ halal di:-

http://bit.ly/FAQHalal

Bahagian Hab Halal JAKIM,
[email protected].my
03-88925000
09 Rabiulakhir 1439 H
28 Disember 2017 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

Sumber: Bahagian Hab Halal, Jakim

Nur Farra