Siakap Keli
Seehua News

Berang Syabu Dibeli Adalah Gula Putih, Penagih Ini Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu Pengedar

Insiden ini memang melucukan. Mana tidaknya, seorang penagih dadah yang berang ditipu telah ke balai polis untuk membuat laporan selepas syabu yang dibelinya merupakan syabu palsu.

Dalam insiden yang berlaku di Lianyungang City, Jiangsu Province, lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang mendakwa kerugian sebanyak 1,400 Yuan (RM 851) dan membuat laporan polis sebagai salah satu cara untuk mendapatkan wangnya kembali.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, kerana menghisap dadah adalah satu kesalahan, laporan dibuat oleh Wang bertukar menjadi insiden penahanannya. Ini disebabkan dalam laporan tersebut Wang mengakui bahawa dia seorang penagih dan kerap membeli barang terlarang tersebut sebelum ini.

Wang juga memberitahu syabu yang dibelinya seberat 1.5 gram itu sebenarnya adalah ketulan gula putih dan hanya mengetahui dia ditipu ketika berhajat untuk melepaskan ketagihannya.

Pihak polis juga merampas syabu palsu yang dibawa oleh Wang dan hasil ujian yang dibuat mendapati bahawa ketulan tersebut sebenarnya adalah gula putih.

Hasil bantuan Wang juga, pengedar syabu palsu yang dikenali sebagai Zhou turut ditahan.

Sumber: Seehua News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di