Siakap Keli
Gambar Hiasan

Khasiat Sengkuang Cina Membantu Selesaikan Masalah Kesihatan Dan Pencernaan

Walaupun ubi ini dikenali sebagai sengkuang Cina atau bahasa lain digunakan ialah ‘water chestnut’. Tapi anda jangan bayangkan buah berangan walaupun nama yang sama tetapi sangat berbeza. Sejenis sengkuang ini tumbuh di tepi-tepi paya dan menjadi makanan ruji dalam masakan orang Cina.

Umbi ini berasal daripada Asia Tenggara, Cina Selatan, Taiwan, Australia dan banyak pulau di samudra Hindia dan Pasifik.

Di Malaysia, sengkuang cina ini selalu menjadi makanan sampingan oleh semua bangsa dan kaum bukan sahaja orang Cina saja. Rupa sengkuang ini sama seperti bawang kecil. Jangan keliru kerana saiznya nampak macam bawang.

Sengkuang ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mungkin ramai di antara kita tidak tahu khasiat yang terkandung dalam sengkuang Cina. Ini adalah lima khasiatnya untuk pengetahuan kita semua.

1. Dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangi risiko penyakit jantung

Risiko penyakit jantung ini meningkat kerana tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam badan anda. Menariknya, sengkuang cina ini dapat mengubati risiko ini kerana ia adalah sumber potasium yang besar.

Analisis menunjukkan orang yang selalu mengambil pemakanan berteraskan sengkuang ini dapat menurunkan kadar risiko 24% lebih rendah untuk terkena stroke.

2. Menggalakkan berat badan menurun

Sengkuang Cina ini sangat rendah kalori sehinggakan mengandungi 74% air sahaja. Jika anda berasa lapar, seengkuang ini dapat membantu anda untuk lebih kenyang walaupun mengandungi rendah kalori.

3. Baik untuk tidur

Kehadiaran vitamin B-6 baik untuk tidur serta mengurangkan keresahan mood anda. Ia menghasilkan neurotransmitter yang berkesan untuk mood tidur anda.

4. Tinggi antioksidan

Sengkuang ini mengandungi banyak antioksidan. Ia sangat membantu untuk melindungi tubuh terhadap molekul yang berpotensi berbahaya yang disebut sebagai radikal bebas. Journal Sains Makanan menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam sengkuang ini boleh membantu secara berkesan meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan penyakit untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.

5. Membantu pencernaan dengan baik

Sumber khasiat fiber yang baik daripada sengkuang Cina ini. Fiber bergerak melalui  badanyang tidak cerna dan menggalakkan pencernaan berlaku dan mengoptimmkan kesihatan yang baik tanpa ada sembelit atau apa-apa masalah pencernaan seperti buasir, ulser dan gastritis.

 

Sumber :

  1. https://draxe.com/water-chestnuts/
  2. https://www.healthline.com/nutrition/water-chestnuts#section1
  3. https://m.dailyhunt.in/news/india/english/lifeberrys+english-epaper-lifebeen/10+ultimate+benefits+of+water+chestnuts+singhara-newsid-74588481