Siakap Keli

Pemandu Toyota Vios Ditahan Selepas Serah Diri Hari Ini

Pemandu Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan dengan Mazda CX-5 sehingga menyebabkan kereta itu terhumban ke dalam laut ahad lalu, telah ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini.

Menurt laporan sumber, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, pada jam 2 pagi.

Suspek kini ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menunggu siasatan lanjut.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi ahad, pemandu kereta jenis Mazda CX-5 maut selepas keretanya terbenam di dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Setelah operasi mencari dan menyelamat dijalankan, kenderaan tersebut berjaya dinaikkan bersama mayat mangsa yang masih berada di dalam tempat duduk lengkap bertali pinggang keselamatan menggunakan kren pada jam 5.50 petang semalam.

Hasil bedah siasat selama 3 jam mendapati mangsa Meoy Yun Peng yang berusia 20 tahun dan merupakan pelajar kolej swasta itu meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan itu berlaku.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.