Siakap Keli

Sungai Terpanjang Melimpah, Sulawesi Berdepan Bencana Banjir Terburuk Dalam Sejarah

Banjir di Sulawesi Selatan dikatakan antara banjir terburuk yang pernah terjadi melibatkan kawasan di Gowa dan Makassar.

“Gowa dan Makassar antara daerah paling teruk dengan keadaan hujan lebat tak berhenti selama 2 hari berturut-turut,” kata Menteri Sosial, Agus Gumiwang.

Mangsa banjir buat masa ini ditempatkan di masjid-masjid berdekatan dan jumlah keseluruhan mangsa sekurang-kurangnya 2,000 orang.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila luapan sungai Jeneberang yang merupakan sungai terpanjang di Sulawesi melakukan pembukaan air yang tidak terbendung.

 

Pihak penyelamat telah diarah untuk membantu proses mengeluarkan penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Sumber: Detik News

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di