Siakap Keli

(Video) Momen Sedih Penjaga Kecil Nyanyikan Lagu Kali Terakhir Untuk Kucing Tuanya Sebelum Mati

Tanyalah kepada pecinta haiwan, saat paling menyedihkan apabila perlu berpisah dengan haiwan peliharaan yang dijaga sekian lama. Lebih-lebih lagi jika haiwan seperti kucing itu mati perlahan-perlahan di depan mata kita.

Boleh buat air mata mengalir kan. Tetapi itulah yang terjadi seorang kanak-kanak perempuan ini apabila kucing oren yang dijaganya buat sekian lama telah mati akibat faktor umur.

Tetapi yang buat orang sebak apabila tular video dimana Abby si penjaganya sempat menyanyikan sebuah lagu kepada kucing tersebut yang dikenali sebagai Bailey buat kali terakhir.

”You’re my sunshine, buat kali terakhir. Bailey mati tiga jam kemudian. Apabila hospital haiwan menghubungi kami dan memaklumkan tiada apa lagi yang mampu dibuat untuk menyelamatkan Bailey, kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang.

”Abby tidak mengetahui bahawa Bailey tidak dapat hidup lama, jadi kami biarkan saja dia menyanyi lagu itu buat kali terakhir.

”Kamu adalah kucing luar biasa Bailey. Terima kasih untuk 14 tahun yang indah,” kata ibu kepada Bailey yang memuat naik video tersebut di Instagram bailey_no_ordinary_cat.

Melalui perkongsian yang berbeza, Abby difahamkan berada dalam keadaan terkejut dengan pemergian Bailey.

”Doakan Abby. Bailey seperti ‘adiknya’ sendiri.Mereka melakukan semua perkara bersama-sama ketika di rumah. Setiap Ahad, Abby akan duduk bersama-sama Bailey, melukis Bailey si kucing oren dan mewarnanya dengan warna oren sebelum berkongsi dengan kami,” katanya.

Ibu Abby juga berkongsi satu pertanyaan yang dibuat oleh Abby kepadanya.

”Ibu, adakah kamu juga akan mati? Kenapa Bailey harus mati?”.

Saksikan video nyanyian terakhir Abby buat Bailey. Lihat riak wajahnya yang tidak mengetahui si bulu orennya bakal pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

View this post on Instagram

You Are My Sunshine ☀️ one last time. Bailey died three hours later. WARNING: Grab the tissue. When the animal hospital called on Saturday and said there was nothing more they could do for Bailey I took him home for a few hours to let my girls sing to him one last time. Abby did not know when she was singing this it would be the last time. I told her after. RIP Bailey. You certainly were no ordinary cat you were extraordinary! Blessing this mommy with 14 amazing years. 😿👧🏼🎶😭 Thank you @theellenshow @goodmorningamerica @abcnews @mtv @thedodo @scarymommy @cats_of_instagram @ladbible among the many others that shared Bailey’s video to millions. @bailey_no_ordinary_cat

A post shared by Bailey No Ordinary Cat (@bailey_no_ordinary_cat) on

Sumber: bailey_no_ordinary_cat

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.