Siakap Keli

Berang Gaji Tak Dibayar, Buruh Rempuh Hotel Guna Jengkaut

Seorang pekerja tapak pembinaan di Liverpool merempuh hotel yang dibinanya menggunakan jengkaut selepas berang kerana tidak dibayar gaji sebanyak £600 (RM3,200).

Sebuah rakaman yang memaparkan jentera seberat 2.5 tan itu bergerak menaiki anak tangga sebelum melanggar pintu kaca di bahagian depan bangunan tersebut.

Sementara pemandu tersebut memusnahkan bahagian pintu masuk hingga ke lobi, bebrapa orang buruh yang lain dilihat cuba menghentikan tindakan lelaki yang dikenali sebagi John itu.

An image taken from the video showing the digger going through the front of the hotel.

Menurut pengurus di tapak pembinaan hotel yang sudah hampir siap sepenuhnya itu, lelaki tersebut bertindak demikian kerana marah gajinya yang tertunggak masih belum dilunaskan oleh pihak pengurusan.

Video tersebut yang tular dilaman sosial menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan keadaan John meskipun kelakuannya salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

The damage inside the premises.

Susulan itu, sebuah tabung derma telah dibuat menerusi aplikasi Go Fund Me bagi menggantikan wang gaji yang sepatutnya di terima oleh John.

Kutipan dilaporkan telah terkumpul sebanyak £3,000 (RM16,200).

Sumber: CNN

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar