Siakap Keli

Cedera Parah Ketika Baiki Senjata, Pelakon Terkenal Singapura Maut Dalam Latihan Ketenteraan

SINGAPURA: Seorang pelakon terkenal drama bahasa Cina di Singapura maut ketika sedang menjalani latihan ketenteraan di New Zealand akibat kecederaan yang di alaminya.

Aloysius Pang atau lebih dikenali sebagai Pang Wei Chong menyertai latihan Angkatan Bersenjata Singapura yang bertempat di New Zealand sebelum tercedera ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan meriam bersama dua kakitangan lain pada 19 Januari lalu.

Aktor berusia 28 tahun itu tercedera apabila lubang laras meriam Howitzer berkenaan diturunkan dan terkena bahagian abdomennya menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahan Singapura.

Sejurus kemalangan berlaku, mendiang Pang segera dikejarkan ke Hospital Waikato dan menjalani beberapa pembedahan di sana bagi memulihkan organnya yang dipercayai rosak.

Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan dan diletakkan di bawah sistem sokongan hidup, aktor ini disahkan menghembus nafas terakhirnya di hospital yang sama atas kecederaan yang dialaminya.

Berita kematian aktor  mengejutkan peminatnya seluruh negara berikutan dia bakal memulakan drama terbarunya pada Fe bruari ini.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Singapura bakal menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat punca sebenar kematian.

Sumber: News.com

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar