Siakap Keli

Cuaca Cecah 50 Darjah Celsius, Jalan Raya Mencair, Jutaan Binatang Mati, Australia Diancam Gelombang Panas Terburuk

Fenomena cuaca panas melanda Australia bermula pada pengakhiran Hari Natal yang lalu. Menurut kerajaan negara itu, suhu dibahagian wilayah itu hampir mencecah 50 darjah Celsius.

Menerusi Twitter Biro Meteorologi dan Perkiraan Cuaca Australia suhu di wilayah sebelah barat telah mencapai 49 darjah Celsius pada 28 Disember lalu dan terbaru, tahap kepanasan itu telah mula beralih ke arah tenggara dengan suhu lebih 40 darjah Celsius.

Seperti yang dijangkakan haba melampau telah beralih ke tenggara.  Suhu semasa sekali lagi memperlihatkan kepanjangan haba yang meluas di seluruh negara, dengan suhu lebih 40 darjah. Berhati-hati pulang ke rumah malam ini.

Biro Meteorologi turut memberi amaran pada hari Jumaat ini akan menandakan puncak gelombang panas selama seminggu.  Suhu di Sydney barat dijangka melonjak kepada 40 darjah Celsius manakala CBD berkemungkinan mempunyai hari kelima berturut-turut dengan suhu panas 30 Celsius buat kali pertama dalam lapan tahun ini.

Ini adalah ‘sesuatu’.  2 hari dan 1 gelombang haba menjadikan Australia kehilangan satu pertiga daripada 75,000 populasi kelawar

Pada hari Khamis minggu lalu, 17 Januari 2019, sebanyak 27 tempat berada dalam suhu maksimum dengan satu bandar di barat laut NSW terasa panas dalam tekanan tinggi, panas sepanjang masa selama dua hari berturut-turut.

Suhu tersebut telah menjadikan peta ramalan menjadi hitam dan ungu serta berada paras membimbangkan.

Fenomena panas ini membuatkan Lebuhraya Oxley berhampiran Wauchope, di sebelah barat Port Macquarie, mula mencair pada tengah hari.

Sumber: News Australia

Nur Farra