Siakap Keli

Kalau Tak Nak Gigit Kuku, Ini 3 Cara Nak ‘Nego’ Gaji Masa Interview Bagi Elak Dibayar Rendah

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Dalam mencari kerja, calon ada hak untuk bersuara apabila ingin merunding gaji sewaktu interview, namun kena ada caranya. Kalau tidak, pasti kita takkan dapat gaji yang diidamkan mengikut tahap kemampuan komitmen kita.

Memang lah ‘desperate’ nak kerja tapi sepatutnya kita sebagai pekerja ada hak untuk dapatkan jumlah sepatutnya. Ini seringkali terjadi dalam kalangan graduan muda kerana terdesak mahukan kerja setelah sekian lama, namun begitu hak sebagai pekerja juga haruslah dititik beratkan. Jadi, kalau tak nak ‘gigit kuku’ lepas interview, ikuti langkah-langkah yang telah disediakan oleh Maukerja ini.

 

1. Dapatkan Penjelasan Bagaimana Untuk Dapatkan Jumlah Yang Sepatutnya

Bagi graduan muda, perlu buat kaji selidik terhadap piawaian gaji yang sepatutnya mengikut industri dan bidang masing-masing. Jangan minta terlau banyak daripada maksimum yang ditetapkan.

Namun begitu, jika jumlah yang ditawarkan oleh majikan lebih rendah daripada itu, minta penjelasan yang telus daripada mereka untuk mendapat jumlah yang sepatutnya, berikan komutmen sepenuhnya untuk siapkan tugas yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Tapi ada kalanya, gaji yang diberikan agak rendah namun ada sebabnya kenapa.

 

2.  Jika Masih Rendah, Tanyakan Manfaat Yang Disediakan

Inilah sebabnya, kadang-kadang manfaat itu disediakan kepada staff-staff mereka, ada sesetengah syarikat yang memberikan voucher makan kepada pekerja, bayaran bil telefon, dan beberapa lagi yang mungkin dapat meringankan beban komitmen sampingan pekerja, jadi dari situ calon harus mempertimbangkannya samada mahu terima ataupun tidak.

Andaikata manfaat pun tidak seberapa, gaji pun rendah dan taktik #1 itu pun tidak memberi kesan, itu bergantung pada diri calon agar mahu terima ataupun tidak.

 

 

3. Jelaskan Sumbangan Yang Akan Diberikan

Ini khusus bagi mereka yang dah ada pengalaman kerja, sebagai calon yang dah tahu selok-belok tugasan, perjelaskan matlamat yang dimahukan oleh majikan secara teknikal dan terperinci. Berterus terang dengan amaun yang diperlukan. Bila dah ada skill, pengalaman dan ingin ke tempat baru, memang mustahil nak turunkan semula gaji bukan?

Haa lepas korang dah hadap tips kerja ni, bolehlah korang mohon kerja di Maukerja lepas ni.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.