Siakap Keli

“Karisma James Bond Buat Aku Nak Kurus,” Puas Dikutuk, Kena ‘Reject’, Lelaki Berjaya Hilangkan Berat Badan Dari 150kg Ke 80kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kurus cara sihat hampir kedengaran mustahil bagi segelintir daripada kita yang memiliki bentuk tubuh yang agak besar. Kalau berpandukan pada teori, semuanya kedengaran mudah. Namun untuk melaksanakannya, pasti menuntut disiplin dan dedikasi yang tinggi.

Jika sudah terbiasa dengan minuman berkarbonat, snek ringan atau manisan, sudah tentu besar cabaran yang terpaksa diambil kalau dah tekad untuk menguruskan badan.

Perkongsian saudara Firdaus dalam mencabar dirinya menguruskan badan kerana kecewa sering dicaci dan dihina orang sekeliling wajar dijadikan inspirasi.Β  Bermula dengan berat 150kg, Firdaus kini mencapai berat idealnya 80kg, membuatkan dia kehilangan jumlah keseluruhan sebanyak 70kg.

Sumber: Twitter FirdausΒ 

Nur Farra