Siakap Keli

“Kertas Undi Dibakar Sebaik Keputusan Diumumkan”, Ini 5 Ciri-Ciri Kelayakan Pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Rakyat Wajib Tahu

Istana Negara sebentar tadi, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV 3 minggu lalu selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, baginda  telah memaklumkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan baginda kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Susulan perletakkan jawatan itu, hari ini Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Antara ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di Pertuan-Agong adalah seperti berikut:

  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
  • Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”;
Imej Kredit: Bacalah Malaysia
  • Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
  • Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Prosiding Pemilihan

Apabila Majlis Raja-raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak hadir walaupun mereka anggota Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Kemudiannya dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. (Dibakar/dirincih)

Imej Kredit: Majlis Raja-Raja

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

Sumber: Majlis Raja-Raja

 

Iklan Jawatan kosong di Siakap Keli

Jawatan: Writter (Lelaki) jika berminat email ke [email protected]

 

Nur Farra