Siakap Keli

Lelaki Mengamuk Pukul Isteri Dengan Topi Kaledar Kerana Enggan Bersolek

Kita selalu mendengar klise di mana lelaki mengatakan dia tidak mahu pasangan yang suka bersolek dan lebih mengutamakan natural beauty seseorang wanita itu.

Nampaknya, ia tidaklah sepenuhnya tepat jika mengambil kira insiden yang berlaku di Indonesia ini apabila si suami sanggup memukul isterinya sehingga cedera kerana malu wanita itu tidak gemar bersolek.

Suspek yang ditahan polis selepas mendapat laporan isterinya yang hanya dikenali sebagai MA, 23, didakwa telah berulangkali mencederakan isterinya atas kesalahan yang sama.

Kemuncak kepada kejadian tersebut apabila Akhmad yang bekerja sebagai tukang jahit merasa malu dengan penampilan isterinya ketika mereka berdua ke majlis perkahwinan kenalan terdekat bersama-sama.

Menurut MA, sebelum ini suaminya itu kerap memarahinya kerana tidak gemar bersolek namun kejadian menjadi semakin teruk apabila Akhmad mula menggunakan kekerasan termasuklah memukul wajah isterinya dengan menggunakan helmet sehingga cedera.

Malah, MA turut mendakwa sepanjang perjalanan di atas motor ketika pulang daripada majlis tersebut, Akmad berulang kali mencederakan lututnya dengan menggunakan hujung kaki yang tajam.

”Mangsa turut dianiaya dengan teruk apabila ditendang pada bahagian muka sebaik sahaja tiba di rumah,” kata jurucakap polis yang menerima laporan daripada MA.

Akibat kejadian keganaasan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan lebam muka yang teruk selain berlaku pendarahan pada bahagian kening akibat ditendang suspek.

Akhmad ditahan atas jenayah keganasan rumah tangga dimana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda sebanyak (RM 4,400).

Sumber: Detik News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.