Siakap Keli

”Saya Tak Pernah Larang Anak Tukar Agama, Malah Saya Sokong,” Kisah Uncle Ini Dapat Perhatian Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa adalah segala-galanya. Jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak tidak terbalas hingga ke akhir hayat. Walau apa yang berlaku seklipun, hubungan ibu bapa dan anak-anak tidak akan terputus sampai bila-bila.

Seperti perkongsian daripada seorang mualaf, Jinghan Naan ini ternyata menyentuh hati ramai. Biarpun telah memeluk Islam, hubungan dengan ibu bapanya sangat akrab. Ayahnya bukan sahaja tidak melarang saat dia memutuskan memeluk Islam, malah memberi sokongan penuh.

Minggu lepas, ayah saya meminta saya mendapatkan sesuatu daripada Carousell. Saya mendapatkan barang tersebut dan memberi ayah alamat untuk mengambilnya.

Bila ayah sampai sahaja, penjual (Pak Cik Melayu) keliru kerana dia menyangka seorang Melayu. 

”Huh? Kamu Cina? Saya sangka kamu Melayu!”

”Tak lah, itu anak perempuan saya.”

”Tapi anak perempuan kamu pakai tudung. Kamu Cina Muslim ah?”

”Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia menukar agama Muslim.” (Ayah masih keliru dengan Muslim dan Islam)

”Waaa! Jadi kamu biarkan dia menukar agama? Tak pernah melarang dia?

”Tak pernah, saya sokong!”

”Waaa, kamu sangat baik ah, kenapa kamu sokong?”

Aya saya begitu geli hati ketika dia bercerita perbualan itu kepada saya. Dia bertanya kepada saya, ”kenapa semua orang terkejut apabila mereka mengetahui saya membiarkan kamu menukar agama?”

 ”Sebab kamu sangat ‘rare’ la! Kebanyakan ibu bapa tidak mengizinkan mah. Sebenarnya pa, kenapa kamu membiarkan saya menukar agama?” 

Peribahasa dalam bahasa Mandarin :                                                                

“因为我了解人生。
因为我了解快乐。

人生的目的是什么?是要快乐。

不同的人从不同的东西找到快乐。有的是钱,有的是家庭,有的是宗教…

身为父母,我们要的是什么呢?是要孩子快乐。

每个宗教所熏陶的都是好的。

如果你告诉我这个宗教能给你快乐,我阻止你干吗?”

Terjemahan:

”Kerana saya memahami kehidupan.

Kerana saya memahami nilai kebahagiaan.

Apa tujuan hidup? Untuk mencari bahagia.

Setiap orang mencari kebahagiaan dalam perkara yang berbeza. Sesetengahnya dalam kekayaan, sesetengahnya dalam keluarga, sesetengahnya dalam agama…

Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita mahukan? Supaya anak-anak kita dapat gembira.

Setiap agama mengajar benda baik.

Jika kamu memberitahu saya agama ini membuatkan kamu gembira, kenapa saya perlu menghalang kamu?”

Kadang-kala saya merasakan ayah saya seorang yang sangat mudah. Namun mempunyai perasaan yang begitu mendalam. Banyak apa yang dikatakannya adalah masuk akal.

Apa yang membuatkan ayah saya berbeza adalah bagaimana dia memaksudkan apa yang dikatakannya. Jika dia rasa perkara itu mudah, dia akan mengambil mudah. Bila situasi tersebut sukar dia tetap akan melakukan seperti apa yang telah dikatakannya. 

Dia tidak kisah dengan apa yang difikirkan masyarakat, dengan apa yang difikirkan oleh saudara-mara. Kebimbangannya adalah hanya mengenai kebahagiaan saya.

Sumber : Jinghan Naan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.