Siakap Keli
psfk.com

(Video) Savecap, Inovasi Topi Khas Dari Ford Untuk Elakkan Pemandu Terlelap Dalam Perjalanan

Memandu dalam keadaan mengantuk boleh mengundang bahaya yang tidak diduga. Sekiranya kenderaan yang dipandu terbabas, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri bahkan boleh memberi musibah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bagi rakyat Malaysia yang memandu jauh, terutamanya ketika musim perayaan, selain rehat yang cukup, pemandu-pemandu cenderung untuk bergantung kepada minuman berkafein ataupun minuman tenaga yang diketahui tidak baik untuk kesihatan.

Lalu bagaimana caranya untuk mengelakkan mengantuk ketika memandu jauh selain mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan? Kenalkan Savecap ataupun Trucker Hat, teknologi keselamatan terkini yang dibangunkan di Amerika Syarikat.

Engadget

Savecap dibina oleh gergasi automobil USA, Ford dengan kerjasama firma di Sao Paulo, Brazil dengan tujuan utama adalah untuk memastikan pemandu kekal dalam keadaan berjaga ketika memandu.

Kedua-dua firma bergabung bersama-sama untuk menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan satu teknologi yang dapat menentukan pergerakkan sengaja atau tidak sengaja pemandu ketika memandu. Pergerakkan ini dikesan melalui satu sensor yang dikenali sebagai gyroscope.

Gyroscope ini dipasang pada bahagian tepi topi tersebut. Gyroscope berupaya mengesan pergerakkan kepala pemandu dan imput yang terkumpul akan menentukan sama ada pergerakkan tersebut disengajakan atau sebaliknya, menandakan tingkah laku pemandu terlelap.

Sekiranya gyroscope mengesan pergerakkan tersebut sebagai tidak disengajakan ataupun pemandu terlena, isyarat akan dihantar dalam bentuk bunyi penggera, getaran dan juga lampu yang dipasang pada bahagian topi untuk mengejutkan pemandu.

Walaupun Savecap ketika ini masih di dalam peringkat pembangunan, Ford optimis untuk memasarkan produk ini ke seluruh dunia dalam meastikan jalan raya dan pemanduan menjadi lebih selamat.

Sumber: Business Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.