Siakap Keli

4 Cara Bagaimana Korang Nak Buat Tuntutan Kemalangan PERKESO

Artikel ini disumbangkan oleh Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.

Editor: Mohd Firdaus

Malang Tidak Berbau.

Itu pepatah paling kerap digunakan ketika seseorang mengalami kemalangan. Apa sahaja kemalangan sama ada kecelakaan di jalan raya atau di tempat kerja.

Semua pekerja wajib mencarum bersama PERKESO. Biasanya melalui potongan gaji. Menjadi kesalahan kepada majikan jika tidak mencarum. Korang perlu perhatikan pada slip gaji maklumat caruman PERKESO. Pastikan tertulis ada potongan dengan PERKESO tau!

Semua orang tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Namun, takdir menentukan kita mungkin berdepan dengan musibah di jalan raya.

Ini Maukerja senaraikan apa yang perlu korang lakukan, sekitranya berlaku kemalangan.

Guna 4 cara ini nak buat tuntutan kemalangan Perkeso:

1. Kena Lapor Kepada Majikan/Syarikat Dulu Ye

Perkara pertama perlu dilakukan oleh pekerja selepas berlakunya kemalangan adalah memaklumkan kepada majikan. Biasanya kepada ketua jabatan dan juga jabatan sumber manusia (Human Resources). Pihak syarikat sudah bersedia untuk membantu para pekerja walaupun di luar waktu bekerja.

Kalau kawan korang yang membantu sewaktu kemalangan, mohon kepada rakan untuk mewakili pihak korang.

Perlu maklumkan dengan kadar segera supaya majikan dapat bertindak segera melaporkan kepada PERKESO

2. Laporan Polis Adalah Sangat Penting

Untuk sebarang tindakan yang sah, laporan polis adalah sangat penting. Tidak perlu tunggu benar-benar sihat untuk buat laporan polis. Lebih cepat dilaporkan, lebih pantas pihak PERKESO membantu korang.

Namun jika kemalangan, korang dirawat di hospital, macam mana nak membuat laporan polis?

Korang boleh buat laporan selepas keluar dari hospital.

3. Isi Borang Laporan Kemalangan

Jika kemalangan di tempat kerja, Majikan akan sertakan dengan dokumen lain seperti rekod kehadiran (punch card, attendance card), sijil cuti sakit (MC) dan kad pengenalan.

Sekiranya kemalangan selepas waktu kerja, majikan perlu menyerahkan laporan polis serta lakaran peta perjalanan pulang kepada pihak PERKESO.

Semua maklumat ini diisi di dalam Borang 34 – Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah.

4. Bayaran Mengikut Caruman Gaji Semasa

Manfaat perlindungan yang diterima adalah dalam bentuk wang ringgit.

Pengiraan bayaran dikira berdasarkan:
-Jumlah cuti sakit diterima (MC)
-Bayaran bil hospital
-Bayaran hilang upaya/cacat kekal

Contohnya kalau korang sakit selama 30 hari, PERKESO akan bayar korang untuk 30 hari. Bayaran mengikut caruman gaji semasa.

Cacat atau hilang upaya kekal bukan semata-mata tidak boleh berfungsi seperti normal. Contohnya jika pekerja mengalami patah bahu tetapi hanya pulih 70% sahaja dan berada dalam keadaan normal, selebihnya baki 30% kecacatan dikira kekal dan PERKESO akan membayar baki tersebut.

Ini ringkasan senarai semak tuntutan kemalangan PERKESO.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di