Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ada yang Melebihi Ratusan Ribu, Ini Adalah 7 Buah Negara Dengan Jumlah Pulau Terbanyak Di Dunia

Jika disebut mengenai pulau, Malaysia sendiri antara yang dimata dunia kerana mempunyai banyak-banyak pulau yang sangat cantik. Antara pulau-pulau tersebut adalah Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau Sipadan.

Tetapi pernahkah anda terfikir mengenai jumlah pulau yang ada di dunia ini dan negara manakah yang mempunyai pulau terbanyak. Sehingga kini, dianggarkan sekitar 700 juta penduduk dunia memilih untuk mendiami kawasan pulau.

Berikut adalah senarai 7 negara teratas dengan pulau terbanyak di dunia:

7. Filipina

Pulau Luzon

Negara di Asia Tenggara ini mempunyai sebanyak 7,107 buah pulau. Sebagai sebuah negara yang terletak di zon tropika, pulau-pulau di Filipina antara yang menjadi pilihan pelancong-pelancong asing untuk menikmati keindahan dengan cuaca yang terbaik.

Pulau terbesar di negara ini adalah Pulau Luzon yang turut menjadi pulau paling padat di Filipina.

6. Australia

Pulau Lizard

Australia yang dianggap sebagai negara benua mempunyai sebanyak 8,222 buah pulau. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 3,747 buah pulau terletak di Australia Barat, 1,955 di Queensland, 1,000 di Tasmania, 887 di Northen Territory dan 346 di Selatan Australia.

Pulau Melvin merupaka pulau terbesar yang menjadi rumah kepada pelbagai hidupan liar antaranya ikon Australia iaitu kangaroo.

5. Indonesia

Pulau Jawa

Negara jiran kita ini merupakan negara terbesar di Asia Tenggara dan 14 di dunia (by land area). Indonesia mempunyai sebanyak 17,508 buah pulau. Pulau Sunda menjadi pulau yang terkenal antaranya turut menempatkan Pulau Jawa dan ibu negara republik itu iaitu Jakarta.

Pulau-pulau Indonesia sangat terkenal dengan kecantikkan, artifak-artifak peninggalan sejarah serta bentuk muka bumi antaranya kewujudan gunung berapi. Selain itu, kepelbagaian budaya dan hidupan liar juga membuatkan Indonesia antara negara yang menjadi pilihan pelancong dunia untuk dilawati.

4. Kanada

Pulau Manitoulin

Kanada yang merupakan negara jiran kepada Amerika Syarikat ini mempunyai sebanyak 52,455 buah pulau yang berada di dalam wilayah sempadannya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 buah pulau merupakan pulau tidak berpenghuni dan Kanada juga mempunyai gugusan pulau air tawar antara terbesar di dunia manakala Pulau Manitoulin yang mempunyai sebanyak 17 buah tasik diatasnya merupakan pulau air tawar terbesar di dunia.

3. Norway

Pulau Spitsbergen

Negara utara Eropah ini dianggarkan mempunyai sebanyak 55,000 buah pulau. Tetapi sebenarnya, jumlah tepat pulau-pulau di Norway tidak dapat dipastikan disebabkan saiz negara tersebut dengan pantai yang memanjang diantara 22,000 km sehingga 83,000 km.

Pulau terbesar adalah Pulau Spitsbergen yang menjadi satu-satunya pulau tidak berpenghuni di Svalbard.

2. Finland

Pulau Hopping

Agensi pelancongan Finland mengesahkan bahawa negara tersebut mempunyai sebanyak 188,000 buah pulau dengan 98,050 terletak di kawasan tasik-tasik.

Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 455 buah pulau menjadi kawasan penempatan kekal dan dihubungkan dengan jalan laut dengan tanah besar. 700 buah pulau pula disahkan sebagai pulau-pulau besar dan selebihnya dijadikan sebagai kawasan simpanan yang digunakan untuk tujuan penyelidikkan ataupun riadah.

1. Sweden

Gugusan pulau di Stockholm

Sweden menjadi negara dengan pulau terbanyak di dunia iaitu sebanyak 221,800 buah pulau dengan sebahagiannya tidak berpenghuni.

Malah, ibu negara Sweden iaitu Stoclkhom merupakan sebuah kawasan kepulauan yang berhubung dengan 14 buah pulau berbeza. Pulau-pulai ini dihubungkan melalui lebih 50 buah jambatan.

Pulau-pulau di Sweden juga banyak menempatkan seni bina era Medieval antaranya bandar Gamla Town. Pulau Oland menjadi pulau terkenal di Sweden yang menerima pengiktirafan UNESCO World Heritage Site kerana mempunyai struktur yang berusia 5,000 tahun.

Jom usha sikit

Sumber: World Atlas

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.