Siakap Keli

Dipecat Serta Merta Tanpa Diduga, Dia Susun 4 Strategi Ini Terus Dapat 4 Offer Kerja Baru Lepas Sehari

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Hari Khamis yang sepatutnya hari yang menggembirakannya berubah menjadi hambar apabila hari terakhir tempoh probation pemuda ini merupakan hari terakhirnya bekerja secara tiba-tiba. Pendek kata Brad terkejut apabila dia dipecat selepas habis tempoh percubaan.

Namun baginya ia bukanlah satu berita yang menyedihkan cuma terkejut dengan apa yang terjadi kerana ianya datang tanpa diduga.

Pada minggu pertama selepas dia berhenti kerja,  Brad menghantar sekurang-kurangnya 15 resume namun tak ada sebarang respon. Bagaimanapun Brad tak berputus asa, dia meluangkan masa hujung minggu dengan belajar tips-tips dan melakukan penyelidikan mencari kerja.

Jadi, pada hari Isnin berikutnya dia mula hantar semula resume yang telah diolah, tak sangka tak sampai sehari pun dia dah dapat kerja baru dengan mudah!  Hantar 5 resume pada waktu pagi, 4 daripada permohonan tu bagi respon pada hari yang sama! Malah kerja yang dia terima itu merupakan bidang yang dia minat! Street wear fashion

Tapi ia bukanlah semudah mana yang dijangka, bagi Brad itu semua bukan tuah tapi strategi dan perancangan yang bagus dia amalkan. Nak tahu apa plan dia? Ni Maukerja kongsikan untuk anda!

Pentingkan Kualiti, Bukan Kuantiti

Kesilapan yang selalu terjadi. Selama ini, ia dianggap sebagai trend tetapi sekarang ia kelihatan seperti cabaran yang sangat bahaya.  Brad boleh dapat kerja dalam masa sehari tapi orang lain ambil masa sampai berbulan-bulan bahkan bertahun. Nak tahu kenapa?

Bukan pengalaman yang kurang. Majoriti orang yang mempunyai pengalaman dua atau lebih lima tahun cenderung mencari pekerjaan dengan cara yang tidak profesional. Itulah kesilapan ‘kecil’ paling popular dilakukan tapi impak besar. Orang biasa mencari pekerjaan, bukan kerjaya!

Pada dasarnya, ia mungkin nampak macam bukan satu kesilapan. Tapi secaralogiknya,  banyak calon graduan muda sekarang ini tiada pengalaman kerja rasmi, jadi mereka cuba mencari apa sahaja yang mereka boleh.

Walau bagaimanapun, jangkaan untuk mendapatkan apa-apa kerja dengan menghantar beratus-ratus e-mel ke setiap jawatan kerja terbuka itu hanya bak “pungguk rindukan bulan”.

Jika diamati betul-betul, resume yang general tapi mohon kerja yang tak relevan dan tiada kena mengena dengan jawatan akan dianggap seperti spam. Kesannya spam  itu sudah semestinya akan dihapuskan tanpa pemantauan majikan. Ini kerana Sistem Mengesan Calon (Applicant Tracking Systems) kini semakin canggih

Kuantiti yang mendadak akan melunturkan nilai kualiti itu. Cuba perhatikan balik, kebanyakan majikan akan mencari calon yang mempunyai pengalaman yang berkaitan. Jadi, general resume dianggap hanya kuantiti dan resume yang spesifik dalam kerja adalah yang berkualiti tinggi

Jadi, Macam Mana Nak Senang Dapat Kerja? Lakukan 3 Step Ini :

STEP 1 — Kenali Diri Dulu

Apa yang korang suka? Minat? Matlamat kerjaya? Apa yang korang akan jadi pada 5 tahun akan datang? Inilah antara soalan yang korang kena tanya balik pada diri sendiri

Kalau sebab banyak duit,? OK, tapi ingat, korang akn lebih mudah jadi kaya kalau korang lakukan sesuatu perkara yang korang suka dan korang minat berbanding dengan paksaan. Jangan habiskan masa dengan kerja yang gaji tinggi tapi tak suka dengan kerja tersebut. Pilih industri yang padan dengan diri korang.

STEP 2 — Cari Kerja Di Syarikat Yang Mengikut Padanan Minat Korang

Bila dah kenal diri korang dengan mendalam, barulah cari kerja di syarikat yang padan dengan minat korang dalam kerjaya. Jadi, strategi yang terbaik untuk cari kerja adalah senaraikan syarikat mengikut industri yang sama dengan bidangt dan ada menawarkan jawatan yang kena dengan minat korang

Contohnya macam Brad, dia jumpa beberapa kedai dalam bidang stretwear fashion yaag menawarkan pemasaran digital dan jawatan e-commerce. Senaraikan dari 5 hingga 25 syarikat, lakukan analisis pasaran di setiap syarikat, matlamat syarikat dan siapa klien dan pesaing.

Kemudian, kenalpasti dengan teliti macam mana korang boleh bantu mereka dan sumbangan dari aspek apa yang korang boleh berikan.  Terapkan dalam minda yang jangan fikir syarikat itu sedang mencari orang ataupun tidak sebab bagi mana-mana majikan, orang akan datang dan pergi. Kebarangkalian bahawa ada peluang untuk korang

STEP 3 — Buat Sasaran Dalam Resume

Untuk membuat sasaran dalam resume ini agak memakan masa dan sidikit melecehkan, itu sebablah ramai yang tak suka buat. Tapi cara inilah yang sebenarnya efektif kerana menghasilkan kualiti tinggi. Korang perlu buatkan diri itu menjadi benar-benar relevan untuk sesebuah jawatan itu. Macam mana nak buat? Ikut rules ini:

  1. Pertama sekali – cari iklan kerja. Fahami apa yang dicari oleh majikan, apa tugas yang diharapkan oleh calon-calon untuk disampaikan. Imbas dan pilih kata kunci penting. Berdasarkan penyelidikan, olah semula dalam  “draf / resume” korang itu, kemudian hasilkan resume kepada satu halaman. sahaja Dari situ korang akan faham, dan mula gunakan terma-terma atau kata kunci yang diamalkan dalam syarikat.
  2. Ramai yang ceritakan skop kerja korang, inilah perkara paling ‘anoyying’ di mata majikan. Apa yang korang perlu buat adalah tulis pencapaian korang sepanjang bekerja di syarikat lama. Ayat klise macam “I was responsible for” itu hanya nak beritahu yang korang dah ada pengalaman tapi tak mampu nak tambat hari majikan.
  3. Akhir sekali, apa yang Brad lakukan ialah gunakan elemen nombor dan frasa-frasa tertentu, baru majikan pandang. Kalau korang luangkan masa untuk olah semula resume bagi jawatan yang spesifik, ia akan hasilkan satu nilai berharga.

STEP 4 – Hubungi Majikan Terus

Terapkan dalam diri untuk melakukan Step 1, step 2 & step 3 dalam diri. Selepas semuanya dah cantik (resume) , hubungi terus rekruter. Dengan adanya LinkedIn, korang boleh cari HR di syarikat tersebut dengan mudah, lebih bagus kalau dapat hubungi pengurus department dan pengarah yang korang akan kerja tu.

Hubungi mereka dan beritahu bahawa korang berminat untuk bekerja di syarikat tersebut dan beritahu bahawa korang dah hantar permohonan. berhubung melalui alam maya adalah cara yang bagus untuk menghantar cover letter.

Berhubung terus dengan rekruter menunjukkan bahawa korang betul-betul berminat dengan kerja tersebut berbanding dengan cara rasmi yang seolah-olah nampak macam tiada inisiatif dan sama seperti calon lain.

Kesimpulan

Persaingan pasaran kerja skarang memang sengit dan dalam masa yang sama pasti jobseeker mahukan yang terbaik dalam kerja mereka. Ada yang kerja sebab nak duit tanpa memikirkan skop kerja. Ada juga mahukan hala tuju kerjaya yang elok.

Memang tak dinafikan kerja susah untuk dicari, kena usaha lebih dan mula dari awal. Mohon kerja sana sini dalam masa sehari, hanya nak dapatkan satu kerja. Bayangkan satu jawatan terima 250 resume tapi hanya 4 ke 6 sahaja disnarai pendek. Itu sebab lah menghasilkan resume yang berkualiti adalah salah satu penyelesaian utama untuk menampakkan korang outstanding berbanding dengan calon lain.

Malah ingat, kualiti adalah jauh lebih penting daripada kuantiti. Act smarter, not harder dan akan ada peluang terbaik datang dalam diri macam Brad ini.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.